• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa OnePlus 9 guna Snapdragon 888 kalau tak perah kuasa sepenuhnya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:19 am
  • 13/07/2021
  • Komen
Siri OnePlus 9 dilancar lebih mahal bersama hadiah percuma bernilai lebih RM1,000
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus 9 Pro adalah flagship terbaharu yang memperagakan SoC terhebat 2021, Snapdragon 888. Walau bagaimanapun, juruteknik bebas yang memandu uji telefon ini mendakwa yang skor penanda aras dipamerkan telefon ini tak melambangkan ia sebuah flagship Snapdragon 888.

Dalam satu siasatan yang dijalankan di AnandTech, pihak mereka mendapati yang kebanyakan APP yang dijalankan di OnePlus 9 Pro tidak memanfaatkan teras CPU berprestasi tinggi Cortex-X1 pada Snapdragon 888, sebaliknya kekal menggunakan Cortex-A55 yang tujuan asalnya adalah untuk pemerosesan cekap tenaga.



Ujian tanda aras menggunakan dua pelayar web berbeza pada telefon yang sama buahkan skor yang berbeza (Sumber)

Apabila diselidik lebih mendalam pada kod aturcara Oxygen OS, mereka mendapati yang OnePlus mengguna pakai kaedah kawal selia CPU mereka yang tersendiri bagi mengagihkan tugasan kepada CPU yang berkaitan.

Ada sejumlah APP yang dikesan telah dihalang menggunakan sepenuhnya potensi Snapdragon 888 dan kebanyakannya ialah APP medsos, pelayar web, dan APP produktiviti seperti Microsoft Office. APP yang tidak terkesan daripada ciri ini kebanyakannya adalah permainan popular seperti Genshin Impact dan yang seangkatan dengannya.



Perbezaan kelajuan CPU OnePlus 9 mengikut APP. Spoof bermakna APP sedang menyamar menjadi APP yang lain.

Menyedari tentang ketaktekalan ini, OnePlus telah memberikan kenyataan rasminya yang mengatakan tindakan OnePlus itu adalah bagi memberikan pengalaman pengguna yang terbaik. Mereka turut menyatakan yang SoC zaman ini jauh mengatasi apa yang diperlukan APP dan satu kawal selia bagi mengimbagi penggunaan bateri perlu dilakukan.

Soalannya, kalau tak gunakan sepenuhnya Snapdragon 888, kenapa tak gunakan saja siri Snapdragon 700 yang lebih murah?

[Sumber: GSMArena, AnandTech]

Tags: OnePlusOnePlus 9OnePlus 9 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siri OnePlus 9 dilancar lebih mahal bersama hadiah percuma bernilai lebih RM1,000

Kenapa OnePlus 9 guna Snapdragon 888 kalau tak perah kuasa sepenuhnya?

13 July 2021
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN