• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube Shorts sudah boleh ditonton dan digunakan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:19 pm
  • 13/07/2021
  • Komen
YouTube Shorts sudah boleh ditonton dan digunakan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula hari ini, pengguna YouTube di Malaysia boleh mula menyaksikan klon TikTok daripada Google, YouTube Shorts. Google mengumumkan ketibaannya ke 26 negara termasuk di Malaysia. Kini YouTube Shorts tersedia di lebih daripada 100 buah negara di serata dunia.

Dengan ini, rakyat Malaysia turut menerima akses kepada pelbagai fungsi untuk mencipta Shorts di YouTube. Ini termasuk fungsi kamera berbagai segmen untuk menjalinkan bersama pelbagai klip video, kebolehan untuk merakam dengan muzik, kawal tetapan kelajuan, dan lain-lain.



Versi beta YouTube Shorts akan mula dilancarkan pada hari ini di Malaysia dan akan disediakan untuk semua pengguna secara berperingkat dalam beberapa minggu akan datang.

Di samping itu, YouTube turut membawakan beberapa set ciri-ciri baharu untuk Shorts seperti:



  • Memasukkan teks di titik-titik tertentu dalam video
  • Memasukkan sebutan (caption) secara automatik di dalam Short
  • Merakam hingga 60 saat dengan kamera Shorts
  • Memasukkan klip dari galeri telefon anda dalam rakaman anda yang dibuat dengan kamera Shorts
  • Memasukkan penapis (filter) asas untuk membetulkan warna Shorts, dengan lebih banyak kesan/efek yang akan datang pada masa hadapan
  • Memasukkan sampel audio bukan sahaja daripada Shorts lain, tetapi juga video-video lain di YouTube

Untuk membantu pengguna mencari Shorts lebih mudah, YouTube telah menambah sebuah baris baharu di laman utama YouTube untuk Shorts. Dari sini, pengguna boleh meleretkan video Shorts secara menegak untuk menonton video seterusnya.

Shorts juga akan diintegrasikan kepada pengalaman YouTube yang sudah biasa digunakan. Contohnya, jika seorang pengguna mendengar coretan lagu di Shorts, mereka boleh mencari lagu penuh dengan senang, menonton video muzik, atau mengenali artis tersebut dengan lebih lanjut, semuanya di YouTube.

Dengan ketibaan Shorts, ia akan menjadi sebuah cara baharu untuk menonton dan mencipta kandungan di YouTube. Sejak tiga tahun yang lalu, YouTube telah membayar lebih USD30 bilion kepada para pencipta, artis, dan syarikat media.

Terdapat pelbagai cara untuk menjana kewangan dengan Shorts dan memberi ganjaran kepada para pencipta kandungan. Untuk itu, YouTube telah menyediakan insentif seperti Dana YouTube Shorts yang baru diumumkan, bernilai USD100 juta yang diedarkan sepanjang 2021-2022.

Tags: YouTubeYouTube Shorts
Najib

Najib

POPULAR

YouTube Shorts sudah boleh ditonton dan digunakan di Malaysia

YouTube Shorts sudah boleh ditonton dan digunakan di Malaysia

13 July 2021
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN