• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lenovo Legion Phone Duel 2 lebih murah akan dijual di Malaysia pada bulan Ogos

  • OLEH Najib
  • 3:18 pm
  • 15/07/2021
  • Komen
Lenovo Legion Phone Duel 2 lebih murah akan dijual di Malaysia pada bulan Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 16/7/2021: Lenovo Malaysia memaklumkan bahawa harga untuk varian baru 12+128GB masih belum dimuktamadkan. Mereka akan sahkan semula sebelum ia mula dijual kelak.


Telefon pintar gaming Lenovo Legion Phone Duel 2, telah diumumkan tiba di Malaysia bulan lepas dengan harga bermula dari RM3,299. Ia ditawarkan dengan promosi hadiah percuma berupa fon telinga Bluetooth sehingga 31 Julai 2021, khas untuk pengguna Maxis dan Hotlink.



Kini Lenovo Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan membawa satu lagi varian Legion Phone Duel 2 dengan harga lebih murah. Ianya lebih murah kerana memiliki storan lebih kecil iaitu:

  • Legion Phone Duel 2 (RAM 12GB + Storan 128GB) – RM2,999 (harga belum muktamad)

Varian yang lebih murah ini akan mula berada di pasaran Malaysia pada bulan Ogos 2021. Jika anda lebih berminat mendapatkannya sekarang, anda boleh membeli varian yang sedia ada iaitu:



  • Legion Phone Duel 2 (RAM 12GB + storan 256GB) – RM3,299
  • Legion Phone Duel 2 (RAM 16GB + storan 512GB) – RM3,899

Telefon pintar Legion Phone Duel 2 boleh didapati di Stor Lenovo Malaysia di Lazada dan Shopee, juga daripada pengedar sah Lenovo Legion.

Dengan ketibaan varian baru, Lenovo memberi tawaran lebih baik berbanding telefon pintar gaming ASUS ROG Phone 5, yang menyediakan dua varian iaitu:

  • ROG Phone 5 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,999
  • ROG Phone 5 (RAM 16GB + Storan 256GB) – RM3,799

Spesifikasi

Lenovo mempromosikan telefon ini dengan pelbagai ciri-ciri “2” padanya. Antaranya ialah dua port pengecas, dua kipas peyejuk, dua motor getaran dan dua pasang butang bahu ultrasonik. Ia juga ada kamera hadapan unik, yang boleh disembunyi dan terletak di sisi telefon.

Legion Phone Duel 2 dikuasakan cip Snapdragon Snapdragon 888 5nm bersama RAM LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1. Skrinnya berukuran 6.92-inci dari jenis AMOLED HD Penuh 144Hz dan dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5 di atas.

Sistem penyejukan di telefon ini menggabungkan kebuk wap pasif yang besar diperbuat dari tembaga dan graphite, bersama dua kipas penyejuk aktif untuk penyingkiran haba lebih efektif. Ia diserikan lagi dengan lampu RGB di belakang menunjukkan bahawa ia telefon gaming luar biasa.

Telefon ini dilengkapi dwi-bateri berkapasiti 5,500mAh, membolehkan ia mengecas dengan kepantasan setinggi 90W menerusi dua port USB-C, di bawah dan sisi telefon. Kamera hadapan boleh sembunyi di sisinya menggunakan sensor Samsung GH1+ 44MP F2. Kamera belakang pula ada dua iaitu kamera utama 64MP F1.9 dan kamera ultra lebar 16MP F2.2.

Ia juga dilengkapi sistem bunyi stereo Dolby Atmos yang menembak bunyi terus ke muka, tetapi tiada lagi jek audio 3.5mm padanya. Menambah keseronokan bermain game adalah empat butang bahu ultrasonik di sisi telefon dan sepasang butang kapasitif di belakang telefon, menjadikan keseluruhan butang tambahan kepada 6.

Tags: lenovoLenovo Legion Phone Duel 2
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Lenovo Legion Phone Duel 2 lebih murah akan dijual di Malaysia pada bulan Ogos

Lenovo Legion Phone Duel 2 lebih murah akan dijual di Malaysia pada bulan Ogos

15 July 2021
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER