• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lenovo Legion Phone Duel 2 ada harga bermula RM3,299, tapi di mana nak belinya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:21 pm
  • 25/06/2021
  • Komen
Lenovo Legion Phone Duel 2 ada harga bermula RM3,299, tapi di mana nak belinya?
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon gaming yang mampu bersaing dengan Asus ROG Phone 5 daripada Lenovo dimaklumkan pengeluarnya boleh di dapati dalam pasaran Malaysia. Ia dijual dalam dua varian, bergantung pada kapasiti RAM dan storan, harga mereka adalah seperti berikut:

  • RAM 12GB + storan 256GB – RM3,299
  • RAM 16GB + storan 512GB – RM3,899

Namun, mendapatkannya mungkin akan jadi cabaran buat anda kerana tiada satu pun saluran rasminya menyenaraikan telefon itu. Setakat artikel ini ditulis, laman rasmi Lenovo Malaysia masih belum ada halaman produk rasmi Lenovo Legion Phone Duel 2. Manakala gedung rasmi mereka di Lazada dan Shopee pun turut tiada, apatah lagi senarai pengedar sah mereka.



Kalau ada pun, mungkin oleh telco kerjasama ekslusif mereka iaitu Maxis yang akan menawarkannya bermula 28 Jun 2021.

Spesifikasi Lenovo Legion Phone Duel 2

Pelancaran global telefon ini berlaku dalam bulan April 2021 lalu. Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 888 dengan RAM sehingga 18GB, tapi hanya varian 16GB sahaja yang tiba.



Sistem kawal selia haba telefon ini mengguna pakai kebuk wap pasif yang diperbuat daripada tembaga dan grafit. Bersama-samanya, ada dua kipas penyejuk aktif untuk menyingkirkan haba dengan lebih efektif.

Di bahagian depan, ada paparan 6.92” berpanel AMOLED FHD+ pada refresh rate setinggi 144Hz. Paparan ini boleh mencapai paras kecerahan sehingga 1,300nits dan menyokong kandungan HDR10+.

Lenovo membekalkan bateri berkapasiti 5,500mAh pada telefon ini dengan keupayaan mengecas setinggi 90W. Namun begitu, cuma pegecas 65W sahaja dibekalkan di dalam kotak. Tentang pengecas juga, ada dua port USB-C pada telefon ini, sama seperti ROG Phone, satu di bahagian bawah dan satu lagi di bahagian sisi. Malangnya, tiada pengecasan wayarles dimasukkan pengeluarnya pada produk ini.

Salah satu keunikan Phone Duel 2 ialah kamera selfienya berada di bahagian sisi telefon. Ia memudahkan rakaman semasa bermain dalam keadaan melintang dilakukan. Modul kamera utama telefon ini juga terletak di bahagian tengah.

Pengguna menerima kombinasi kamera belakang 64MP dan 16MP (ultralebar), manakala kamera depan pula 44MP.

Di jabatan audio, telefon ini dilengkapi sistem bunyi stereo yang menembak terus ke muka pemain. Berita buruk, tiada jek audio 3.5mm diberikan tapi anda boleh gunakan penyesuai USB-C untuk dipadankan dengan headfon kegemaran.

Lagi fungsi gaming yang menarik pada telefon ini ialah butang bahu fizikal. Ada empat semuanya, sepasang di sebelah kanan dan sepasang di sebelah kiri. Di bahagian belakang, ada dua lagi butang kapasitif untuk jadikan 6 saluran input yang boleh diberikan pada telefon selain panel paparan peka sentuhan.

Tags: legion phone duel 2lenovoLenovo Legion Phone Duel 2lenovo malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Lenovo Legion Phone Duel 2 ada harga bermula RM3,299, tapi di mana nak belinya?

Lenovo Legion Phone Duel 2 ada harga bermula RM3,299, tapi di mana nak belinya?

25 Jun 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
TIPS: Cara sembunyikan gambar dalam iPhone & lindunginya dengan Face ID

TIPS: Cara sembunyikan gambar dalam iPhone & lindunginya dengan Face ID

25 Januari 2023
Elak rakyat keliru, kerajaan arah kad Touch ‘n Go Visa ditukar nama

Elak rakyat keliru, kerajaan arah kad Touch ‘n Go Visa ditukar nama

26 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER