• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ubah emoji di papan kekunci Android & iOS anda lebih menarik dengan Bitmoji

  • OLEH Najib
  • 11:51 am
  • 15/07/2021
  • Komen
Ubah emoji di papan kekunci Android & iOS anda lebih menarik dengan Bitmoji
Share on FacebookShare on Twitter

Emoji telah mengubah cara manusia berbual dalam talian, menjadikan perbualan lebih interaktif tanpa perlukan perkataan. Kalau anda tidak tahu, Hari Emoji sedunia akan disambut tidak lama lagi, iaitu pada 17 Julai.

Snapchat, aplikasi permesejan popular dunia melangkah setapak ke hadapan dengan menghasilkan Bitmoji di platform mereka. Bitmoji adalah emoji peribadi pengguna di mana ia mencipta watak kartun dari wajah muka pengguna.



Bitmoji di Snapchat boleh diubahsuai mengikut kegemaran pengguna seperti gaya rambut, pakaian, aksesori serta riak wajah pengguna. Ia boleh dihiasi juga dengan pelbagai ekspresi menerusi penambahan perkataan.

Kini Bitmoji yang dipelopori oleh Snapchat, telah digunakan di pelbagai platform permesejan lain. Sudah pasti, Snapchat mahu memastikan Bitmoji mereka sentiasa menjadi yang terkehadapan berbanding yang lain. Untuk itu, Snapchat menyenaraikan empat cara pantas untuk pengguna menikmati Bitmoji



1. Lensa AR

Bitmoji pada asalnya bersifat 2-dimensi (2D). Tetapi ia boleh diubah kepada animasi 3D menggunakan lensa AR Snapchat. Antara lensa AR tersebut adalah Sparkler dan Thumbs Up.

2. Peragakan fesyen dari jenama popular

Bitmoji anda boleh menjadi lebih bergaya apabila dikenakan pakaian daripada jenama fesyen terkenal. Bitmoji telah bekerjasama dengan pelbagai jenama untuk digunakan di platform mereka seperti Levi’s, Vans, Air Jordans, Adidas dan Nike.

3. Lebih menarik dibaca sebagai komik

Bagi menjadikan cerita Bitmoji lebih menarik, jadikannya sebahagian daripada kisah dalam bentuk komik. Untuk menghasilkannya, cari sahaja Bitmoji Stories di dalam Snapchat untuk mula menggunakannya.

4. Gunakan Bitmoji di mana jua

Sebenarnya Bitmoji tidak terhad penggunaannya di dalam Snapchat kerana ia boleh digunakan di mana sahaja di dalam telefon pintar anda. Ia turut boleh diintegrasi ke dalam papan kekunci Android dan iOS seperti emoji. Anda juga boleh menambah Bitmoji ke dalam Gmail atau sebagai add-ons di dalam Google Chrome.

Ikuti langkah di bawah untuk menambah Bitmoji ke dalam papan kekunci Android dan iOS:

  1. Pasang aplikasi Bitmoji di dalam telefon pintar dan daftar masuk
  2. Di dalam aplikasi Bitmoji, tekan pada ikon Globe Keyboard untuk masuk ke tetapan papan kekunci
  3. Ikuti arahan untuk mengaktifkan papan kekunci Bitmoji
  4. Ia sedia digunakan di mana-mana
Tags: snapchatSnapchat Bitmoji
Najib

Najib

POPULAR

Ubah emoji di papan kekunci Android & iOS anda lebih menarik dengan Bitmoji

Ubah emoji di papan kekunci Android & iOS anda lebih menarik dengan Bitmoji

15 July 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER