• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Steam Deck, alternatif yang lebih munasabah berbanding Nintendo Switch

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:28 am
  • 16/07/2021
  • Komen
Steam Deck, alternatif yang lebih munasabah berbanding Nintendo Switch
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda tak kisah dengan kandungan eksklusif Nintendo di ekosistem Switch, anda perlu pertimbangkan untuk dapatkan konsol tangan ini. Valve telah mengumumkan Steam Deck disebabkan ia berasaskan X86, anda boleh mainkan segala permainan PC tertutamanya yang telah ada dalam koleksi Steam anda.

Malahan, spesifikasinya jauh lebih berkuasa daripada keluarga Switch pada harga yang sangat kompetetif. Ia dijangka berada dalam pasaran sekitar Disember 2021 ini dan ada 3 varian boleh dipilih, berbeza mengikut storan dalaman iaitu:



  • USD399 (RM1,676) – 64GB eMMC
  • USD529 (RM2,222) – 256GB NVMe
  • USD649 (RM2,726) – 512GB NVMe

Spesifikasi Steam Deck

Spesifikasi mentah Steam Deck menyamai PlayStation 4 dan Xbox One tapi dalam bentuk handheld.

Atas papan utama, ia ada SoC AMD yang menggabungkan CPU 4 teras pada kelajuan sehngga 3.5Ghz berasaskan Zen 2 manakala GPU-nya berasaskan RDNA yang mampu membuahkan sehingga 1.6 Tflops.



Sebagai perbandingan, PS4 yang asal berada pada 1.84 Tflops, Xbox One pada 1.31 Tflops, dan Nintendo Switch 0.5 Tflops.

Bersama-sama APU yang padu, ia turut dilengkapi RAM 16GB LPDDR5 yang pastinya bakal bersinergi dengan komponen lain secara harmoni.

Stream Deck hadir dengan storan dalaman bermula 64GB eMMC. Ia adalah piawaian yang miliki kelajuan yang agak perlahan. Untuk gaming tahun 2021, format NVMe SSD sepatutnya menjadi pilihan perdana.

Daripada segi fizikaliti, ia mirip Nintendo Switch, malah paparannya sama besar dengan konsol pesaing itu pada 7” dan beresolusi 720p.

Ada pelbagai butang input boleh digunakan. Anda ada:

  • Butang A B X Y
  • Pad-D
  • 2 pasang butang bahu
  • 2 pasang butang grip
  • Butang View & Menu
  • 2 tuil analog
  • 2 permukaan peka sentuhan macam Stream Controller

Port I/O yang boleh ditemukan ialah:

  • 1 USB-C 3.2, DisplayPort 1.4 (8K@60)
  • Jek audio 3.5mm
  • 1 mikro-SD

Valve membekalkan bateri 40Whr yang katanya boleh berkhidmat sehingga 8 jam lamanya.

Sumber: Valve

Tags: nintendonintendo switchSteam deckvalve
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Steam Deck, alternatif yang lebih munasabah berbanding Nintendo Switch

Steam Deck, alternatif yang lebih munasabah berbanding Nintendo Switch

16 July 2021
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN