• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Honor Magic 3 berkuasa Snapdragon 888+ akan dilancar pada 12 Ogos

  • OLEH Najib
  • 9:07 pm
  • 17/07/2021
  • Komen
Siri Honor Magic 3 berkuasa Snapdragon 888+ akan dilancar pada 12 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Honor kini mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar siri Magic 3 tidak lama lagi. Pelancaran peringkat antarabangsa ini akan diadakan pada 12 Ogos 2021.

Bersama pengumuman ini, Honor berkongsi video pendek yang memperkenalkan sii Magic 3 ini. Ia hanya menunjukkan sensor besar kamera yang kelihatan seperti kamera utama. Tidak ada rupa modul penuh kamera belakang mahupun rupa telefon pintar secara kabur.



Orang ramai boleh turut sama menonton pelancaran ini secara langsung menerusi laman web Honor Global serta saluran media sosial Honor.

Honor sebelum ini pernah mengesahkan bahawa mereka akan menggunakan cip terbaru Qualcomm Snapdragon 888+ di dalam siri Magic 3 yang akan datang. Selain itu, tiada maklumat rasmi mengenai telefon pintar ini tetapi ia tidak menghalang berita dari sumber lain bercerita tentangnya.



Ben Geskin, seorang pembocor berita yang sering berkongsi rekaan telefon pintar yang belum dilancarkan, telah bercerita tentang sebuah telefon pintar yang dikatakan adalah Honor Magic 3. Ia akan ada modul kamera belakang dipanggil Matrix Camera, dengan kamera utama yang sangat besar. Matrix Camera ini memiliki sensor 48MP dengan kemampuan zum 100x.

MATRIX CAMERA
48MP 1/1.5” | 100X ZOOM pic.twitter.com/dpzNp7FewM

— Ben Geskin (@BenGeskin) July 15, 2021

Dalam satu berita lain, @RODENT950 menyatakan bahawa akan terdapat tiga model dalam siri Magic 3 ini dengan nombor model ELZ-AN00, ELZ-AN10, ELZ-AN20. Tetapi kemudiannya dia menambah bahawa siri ini akan ada 4 model iaitu Magic 3 SE, Magic 3, Magic 3 Pro dan Magic 3 Pro+. Nama ini kelihatan mirip dengan siri Mate 40 oleh Huawei.

3SE (mate 40 like)
3 (mate 40 pro like)
3 Pro
3 Pro+ pic.twitter.com/LdN7bA9oRY

— Teme (特米)𝕏|🇫🇮🇨🇳 (@RODENT950) July 17, 2021

Dari media sosial Weibo pula, Digital Chat Station memaklumkan yang Magic 3 menggunakan kod nama Elizabeth, akan memiliki skrin OLED 6.76-inci QHD+ dengan dwi lubang di atas skrin. Kapasiti bateri tidak dinyatakan tetapi akan mempunyai kuasa mengeacs 66w/100W berwayar dan 50W wayarles.

Honor Malaysia sudah beberapa kali bercerita bahawa Honor 50 akan dilancarkan di Malaysia, tetapi masih belum ada tarikh rasmi sehingga kini. Adakah siri Magic 3 akan dilancarkan di peringkat antarabangsa terlebih dahulu, sebelum Honor 50 muncul di Malaysia? Nantikan laporan lanjut daripada kami.

[Sumber: XDA]

Tags: honorHonor Magic 3
Najib

Najib

POPULAR

Siri Honor Magic 3 berkuasa Snapdragon 888+ akan dilancar pada 12 Ogos

Siri Honor Magic 3 berkuasa Snapdragon 888+ akan dilancar pada 12 Ogos

17 July 2021
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN