• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno 6 dan Reno 6Z akan tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:49 pm
  • 18/07/2021
  • Komen
Oppo Reno 6 dan Reno 6Z akan tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia kini bersedia untuk melancarkan siri Reno terbaru di sini, Oppo Reno 6. Ia akan menggantikan siri Oppo Reno 5 yang dilancarkan pada awal tahun ini.

Dalam perutusan Oppo Malaysia, terdapat 2 model yang akan dibawakan dalam pelancaran ini iaitu Oppo Reno 6 dan Oppo Reno 6Z. Terdapat juga logo 5G pada poster yang dikongsikan tetapi tidak jelas sama ada kedua-dua model memilikinya.



Belum ada tarikh pelancaran dikongsikan Oppo Malaysia selain menyatakan ia akan datang. Di samping itu, Oppo menerangkan bahawa siri Oppo Reno 6 memiliki kamera dengan fungsi Bokeh Flair Potret, Cinematic Bokeh Flare Portrait Video dan AI Highlight video.

Walaupun Oppo Malaysia tidak berkongsi maklumat lanjut tentang siri Oppo Reno 6, kita boleh melihatnya dari negara jiran. Oppo Reno 6 telah dilancar di Indonesia tanpa 5G, manakala Oppo Reno 6Z 5G sudah ada di Thailand.



Spesifikasi Oppo Reno 6

Di Indonesia, Oppo Reno 6 tanpa 5G dikuasakan cip Snapdragon 720, RAM LPDDR4x 8GB dan storan dalaman 128GB. Skrin AMOLED HD Penuh sebesar 6.4-inci dengan kadar penyegaran 90Hz. Baterinya 4,300mAh dan menyokong pengecasan pantas 50W.

Kamera belakangnya ada empat, menggabungkan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera mono 2MP. Kamera hadapan pula 44MP, di dalam lubang di sudut atas skrin.

Pendek kata, ia adalah telefon pintar yang sama dengan Oppo Reno 5 dahulu tanpa peningkatan perkakas, hanya berbeza sedikit rekaan kamera belakang.

Spesifikasi Oppo Reno 6Z

Ini adalah model baru kerana tiada Reno “Z” dilancarkan sebelum ini. Jika ada pun ia adalah Reno 5F. Reno 6Z di Thailand menggunakan cip Mediatek Dimensity 800U dengan sokongan 5G, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Ia juga ada keupayaan menambah RAM maya sehingga 5GB.

Walaupun ia memiliki skrin AMOLED HD Penuh berukuran 6.4-inci, ia haya ada kadar penyegaran 60Hz. Baterinya sama 4,300mAh tetapi pengecasan pantas hanya sehingga 30W.

Kamera pula ada 3 di belakang iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya 32MP, dimuatkan di dalam lubang di sudut atas skrin.

Secara ringkas, Reno 6Z memiliki prestasi lebih rendah daripada Reno 6 tetapi dengan kelebhan 5G. Bagaimanapun, masih belum diketahui samada Reno 6 di Malaysia kelak, ada menyokong 5G atau tidak. Teruskan mengikuti kami untuk mendapatkan laporan terkini tentangnya.

Tags: oppoOppo Reno 6Oppo Reno 6Z
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Oppo Reno 6 dan Reno 6Z akan tiba di Malaysia

Oppo Reno 6 dan Reno 6Z akan tiba di Malaysia

18 July 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN