• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM denda 4 syarikat telekomunikasi dengan 64 kompaun bernilai RM3.2 juta

  • OLEH Najib
  • 5:30 pm
  • 19/07/2021
  • Komen
Telco Akan Dibenar SKMM Untuk Jaja Nombor Telefon Macam Nombor Pendaftaran Kenderaan
Share on FacebookShare on Twitter

Pada suku kedua tahun 2021, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan 64 kompaun bernilai RM3.2 juta kepada empat syarikat telekomunikasi. Ia diberikan kerana kegagalan syarikat mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik, di dalam Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penomboran) 2016. Serta ketidakpatuhan kepada Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna akhir.

Kompaun terbesar dikenakan kepada Maxis Broadband Sdn Bhd, sebanyak 56 kompaun bernilai RM2.8 juta. Sebanyak 54 kompaun kerana kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik, serta 2 kompaun lagi atas ketidakpatuhan kepada Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna akhir.



Lima lagi kompaun diterima oleh U Mobile Sdn Bhd (5 kompaun bernilai RM250,000), Digi Telecommunications Sdn Bhd. (2 kompaun bernilai RM100,000), dan XOX Com Sdn Bhd (1 kompaun bernilai RM50,000) kerana ketidakpatuhan kepada Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna akhir.

SKMM memandang serius terhadap kesalahan yang dilakukan dan meminta agar syarikat lebih tegas terhadap ejen-ejen mereka dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan, serta tidak mengabaikan aspek keselamatan dalam usaha membendung jenayah siber dan kepentingan pengguna. SKMM akan sentiasa memastikan hak pengguna diberi keutamaan dalam memilih syarikat telekomunikasi berdasarkan kepada perkhidmatan yang ditawarkan.



Di dalam Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penomboran) 2016, ia mengandungi pelbagai peraturan seperti pertukaran nombor, penggantungan, pembatalan serta perubahan talian dengan mengekalkan nombor lama (MNP). Manakala dalam panduan pendaftaran prabayar, semua syarikat telekomunikasi perlu membuat pengesahan pengenalan pelanggan (kad pengenalan atau pasport) untuk pendaftaran SIM baru, bagi mengawal salahguna perkhidmatan terutama sekali pengganas dan jenayah siber.

[Sumber: SKMM]

Najib

Najib

POPULAR

Telco Akan Dibenar SKMM Untuk Jaja Nombor Telefon Macam Nombor Pendaftaran Kenderaan

SKMM denda 4 syarikat telekomunikasi dengan 64 kompaun bernilai RM3.2 juta

19 July 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN