WhatsApp beta adakan fungsi penyulitan salinan chat ke servis awan untuk dipandu uji

Sehingga hari ini, sebarang salinan pendua chat anda yang dimuat naik ke Google Drive tidak dilindungi penyulitan hujung-ke-hujung. Sesiapa sahaja yang ada keupayaan untuk memintas salinan itu boleh lihat kandungan mesej yang anda ingin simpan.

Namun, di WhatsApp versi beta sekarang, pihak pembangun telah mengaktifkan fungsi penyulitan ke atas salinan chat yang ingin anda sandarkan ke awan. Anda boleh pandu ujinya di WhatsApp beta versi 2.21.15.5 dan keatas.

Sungguhpun ia melindungi kandungan mesej anda secara total apabila hanya anda sahaja yang tahu akan kata laluannya, ia juga boleh jadi potensi untuk anda hilang salinan itu selama-lamanya.

Itu adalah salah satu fungsi yang sedang dicuba.

Satu lagi fungsi yang boleh anda cuba ialah kebolehan melog masuk WhatsApp di beberapa peranti serentak, seperti yang kami laporkan dulu.