• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM naikkan kuota Unifi Broadband Lite 1Mbps dari 1GB kepada 50GB

  • OLEH Najib
  • 10:55 am
  • 21/07/2021
  • Komen
TM cadang beberapa cara selesaikan masalah akses permainan video di Unifi
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan lepas, kami ada melaporkan bahawa TM masih menawarkan pelan jalur lebar tetap Broadband Lite RM38/bulan, dengan kelajuan 1Mbps dan kuota 1GB yang tak masuk dek akal. Nampaknya selepas dikritik hebat, TM telah menaikkan kuota tersebut sebanyak 50x ganda dari asalnya.

Dari laman produk Unifi Broadband Lite, ia menawarkan kelajuan muat turun 1Mbps dan muat naik 384kbps, dengan kuota kini dihadkan kepada 50GB. Seperti biasa, ia datang bersama router wayarles percuma dan kontrak 12-bulan tetapi tiada minit panggilan disertakan.



Di dalam ruangan soalan lazim FAQ, kelajuan akan disekat kepada 128Kbps apabila mencecah kuota bulanan 50GB. TM turut memberikan contoh bahawa dengan 50GB, ia boleh digunakan untuk melayari internet selama 2,000 jam, menonton video selama 200 jam, dan menggunakan Facebook selama 2,500 jam tidak termasuk video.

Memandangkan ini bukanlah pelan tanpa had, FAQ ada menasihatkan pengguna supaya mematikan modem mereka apabila tidak menggunakan internet. Jika mahu membuat banyak panggilan, boleh menambah pelan panggilan RM10 yang memberikan panggilan tempatan tanpa had.



Pelan Unifi Broadband Lite 1Mbps dengan kuota 50GB hanya ditawarkan di lokasi yang tidak memiliki rangkaian fiber. Kepada pengguna yang mahukan kelajuan lebih pantas dan kuota tanpa had, pelan Unifi Lite ditawarkan pada harga RM89/bulan. Berbeza mengikut lokasi, kelajuan muat turun ditawarkan sehingga 8Mbps dan muat naik sehingga 512kbps.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, ada beberapa cara lain untuk mendapatkan internet tanpa had kuota di bawah RM80/bulan di TM. Pelan prabayar #BEBAS Unifi Mobile memberikan data tanpa had bersama hotspot LTE tanpa had pada harga RM35/bulan. Selain itu, pelan Unifi Air menyediakan kelajuan jalur lebar wayarles sehingga 20Mbps dan kuota tanpa had, pada harga RM79/bulan.

[Sumber: TM, Amanz]

Tags: TMUnifiUnifi Broadband Lite
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa China “buang” sampah angkasa ke negara lain?

Kenapa China “buang” sampah angkasa ke negara lain?

31 Julai 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER