• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Instagram Stories sedia ciri terjemah, bantu pengguna faham lebih 90 bahasa

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:41 pm
  • 22/07/2021
  • Komen
Instagram Stories sedia ciri terjemah, bantu pengguna faham lebih 90 bahasa
Share on FacebookShare on Twitter

Anda ada tak ikut akaun antarabangsa di Instagram seperti influencer atau artis, tetapi anda tidak faham apa yang mereka tulis pada sesetengah perkongsian? Ianya kerana mereka tidak menggunakan bahasa yang anda fahami, contohnya seperti Bahasa Korea atau Jepun.

Jika mereka berkongsi di ruangan feed, anda masih boleh menterjemahnya kepada bahasa yang anda gunakan di Instagram, dengan menekan pada see translation di sebelah tarikh. Anda juga boleh kembalikannya kepada bahasa asal dengan tekan see original.



Tetapi, jika mereka berkongsi di Stories, wujudkah cara untuk menterjemahnya?

Instagram baru sahaja memperkenalkan ciri menterjemah teks di Stories dan ia kini dilancarkan kepada pengguna di seluruh dunia.



Apabila Instagram mengesan anda melihat Stories dalam bahasa lain dan terdapat tulisan dalam Stories itu, Instagram akan memaparkan pilihan See Translation pada bahagian kiri atas.

Anda cuma perlu tekan ciri itu untuk mengetahui terjemahan teks tersebut, kepada bahasa yang anda gunakan di Instagram. Kemudian terjemahan akan dipaparkan pada bahagian bawah Stories tersebut.

Contoh, jika anda gunakan bahasa Inggeris di Instagram, setiap perkataan di dalam Stories akan diterjemahkan kepada bahasa itu. Sekiranya anda menggunakan Instagram dengan bahasa Melayu, perkataan turut diterjemahkan kepada bahasa Melayu.

Ciri ini boleh terjemah teks lebih dari 90 bahasa. Buat masa ini, fungsi terjemahan masih belum tersedia untuk menterjemah audio. Tetapi ia sangat membantu pengguna untuk fahami dengan betul mengenai sesuatu perkongsian di Stories.

[Sumber: Engadget]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Instagram Stories sedia ciri terjemah, bantu pengguna faham lebih 90 bahasa

Instagram Stories sedia ciri terjemah, bantu pengguna faham lebih 90 bahasa

22 July 2021
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN