• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM buka 13 saluran Sukan Olimpik Tokyo di Unifi TV percuma untuk semua rakyat Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:30 pm
  • 24/07/2021
  • Komen
TM buka 13 saluran Sukan Olimpik Tokyo di Unifi TV percuma untuk semua rakyat Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Unifi merupakan salah satu penyiar rasmi sukan terbesar di dunia yang sedang berlangsung kini, Sukan Olimpik Tokyo 2020. Sukan ini berlangsung dari 24 Julai sehingga 8 Ogos 2021 dan Malaysia turut menghantar kontinjen ke temasya ini, dengan sasaran tiga pingat untuk dibawa pulang.

TM hari ini mengumumkan bahawa mereka membuka 13 saluran Sukan Olimpik Tokyo di Unifi TV secara PERCUMA untuk semua rakyat Malaysia. Bermakna, bukan pelanggan Unifi juga boleh menonton kesemua siaran Sukan Olimpik Tokyo yang disiarkan Unifi TV.



Siaran percuma ini boleh dinikmati semua rakyat Malaysia menerusi aplikasi mudah alih Unifi PlayTV yang boleh dimuat turun di Apple Appstore, Google Playstore dan Huawei Appgallery. Hanya buat pendaftaran akaun Unifi TV percuma dan mendaftar masuk untuk menontonnya.

Dengan ini, rakyat Malaysia boleh menonton kesemua 33 jenis sukan dan 339 acara yang dipertandingkan di Sukan Olimpik Tokyo menerusi 13 saluran unifi Sports HD, pada bila-bila masa di mana jua di peranti mudah alih.



Dapatkan jadual pertandingan sukan yang disertai atlet Malaysia setiap hari menerusi media sosial Unifi.

Woohoo! Hari pertama untuk @Olympics #Tokyo2020 sudah tiba untuk atlet Team Malaysia 🇲🇾 kita turun ke gelanggang! Jangan lupa untuk tengok semua aksi ini secara HD melalui unifi TV atau aplikasi PlayTV.

➡️ https://t.co/cBnpA5MUuJ#KitaJagaKita #unifiedMalaysians #DemiMalaysia pic.twitter.com/QgTfSut4VL

— unifi (@unifi) July 24, 2021

“Sebagai peneraju penyedia perkhidmatan konvergens negara, unifi sentiasa sedia
mengutamakan para pengguna dan kami komited untuk memberikan pengalaman yang terbaik untuk semua. Jadi, sebagai penyiar rasmi Sukan Olimpik Tokyo 2020, kami berbesar hati menawarkan siaran Sukan Olimpik secara percuma untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Kami memahami disebabkan pandemik COVID-19, Sukan Olimpik Tokyo 2020 terpaksa  ditangguhkan ke tahun ini, dan ramai yang amat menantikan acara ini terutamanya peminat  sukan. Oleh itu, kami ingin memastikan setiap rakyat Malaysia boleh menonton aksi-aksi atlit  negara bertanding di temasya sukan ini tanpa risau tentang yuran langganan tambahan. Tambahan pula, mereka boleh menikmati hiburan tanpa had di rumah menerusi unifi TV dan di mana sahaja mereka berada menerusi aplikasi unifi PlayTV,” kata Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersial, Telekom Malaysia Berhad (TM).

Maklumat lanjut mengenai Unifi PlayTV boleh dirujuk di sini.

Tags: Sukan Olimpik TokyoTMUnifiunifi TV
Najib

Najib

POPULAR

Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022
TM buka 13 saluran Sukan Olimpik Tokyo di Unifi TV percuma untuk semua rakyat Malaysia

TM buka 13 saluran Sukan Olimpik Tokyo di Unifi TV percuma untuk semua rakyat Malaysia

24 Julai 2021
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER