• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Ini cara mudah sambung alat kawalan PS4 dengan peranti Android

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:13 pm
  • 25/07/2021
  • Komen
Ini cara mudah sambung alat kawalan PS4 dengan peranti Android
Share on FacebookShare on Twitter

Adakalanya menggunakan fungsi skrin sentuh tidak cukup memberikan kepuasan kepada pengguna untuk bermain permainan (game) melalui telefon. Tetapi, dengan menggunakan alternatif alat kawalan permainan, jari dan tangan seseorang akan rasa lebih selesa.

Walaupun ada banyak alat kawalan dijual khusus untuk telefon pintar, anda mungkin tidak memerlukannya jika anda sudah memiliki PlayStation 4. Alat kawalan PS4 boleh disambungkan dengan peranti Android dan caranya sangat mudah. Berikut merupakan cara yang anda boleh anda lakukan:



  1. Hidupkan Bluetooth pada telefon Android anda dan pastikan ia bersedia untuk proses sambungan
  2. Pada alat kawalan PS4, tekan butang bersimbol PS serentak dengan butang share.
  1. Kemudian, alat kawalan anda akan menyalakan lampu berwarna putih
  2. Di telefon, alat kawalan PS4 anda akan muncul sebagai Wireless Controller di bawah Available Devices, tekan Wireless Controller itu dan tekan pair.
  3. Apabila anda lihat Wireless Controller sudah berada di bahagian Paired Devices, maksudnya anda sudah boleh menavigasi menggunakan alat kawalan di telefon pintar.

Jika anda ingin putuskan sambungan alat kawalan dengan peranti Android, anda hanya perlu matikan Bluetooth pada telefon anda. Selain daripada menggunakan alat kawalan untuk bermain game, anda boleh juga gunakannya untuk menangkap gambar selfie, sekiranya anda tidak mahu menggunakan pemasa.

Selain itu, hanya peranti yang menggunakan sistem operasi Android 10 atau lebih baru sahaja yang boleh menyokong sambungan Bluetooth untuk alat kawalan PS4. Anda juga boleh mencubanya di peranti iOS yang menggunakan sistem operasi iOS 13 ke atas.



Bagi saya, main game di telefon pintar contohnya game Call of Duty, menggunakan alat kawalan adalah lebih selesa berbanding skrin sentuh sebab jari saya mudah berpeluh. Tetapi anda perlu tahu, tidak semua game di Android serasi dengan alat kawalan PS4. Jadi, anda perlu cuba dahulu.

[Sumber: AndroidCentral]

Tags: androidps4
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Ini cara mudah sambung alat kawalan PS4 dengan peranti Android

Ini cara mudah sambung alat kawalan PS4 dengan peranti Android

25 July 2021
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN