• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Cara untuk gabung beberapa PDF menjadi satu guna telefon

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:34 pm
  • 26/07/2021
  • Komen
Cara untuk gabung beberapa PDF menjadi satu guna telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Ada beberapa situsai yang memerlukan kita untuk menghantar fail PDF dokumen-dokumen penting lebih-lebih lagi dalam keadaan banyak urusan rasmi kini berlaku secara dalam talian.

Antara manfaat penggunaan PDF berbanding anda menghantar dokumen word ataupun gambar berbentuk PNG ataupun JPG ialah integriti kandungan terpelihara tak kirahlah berapa banyak salinan anda buat.



Anda ada beberapa fail PDF tapi ingin jadikannya sebagai satu fail PDF? Ini caranya.

Pasang aplikasi Smallpdf

Seperti biasa, ada ribuan aplikasi PDF di luar sana tapi saya sedaya upaya cari yang terbaik untuk disarankan kepada anda. Sama ada daripada segi penawaran secara percuma, yuran langganan yang murah ataupun bebas daripada iklan.



Kali ini, saya temui aplikasi Smallpdf yang sangat versatil, mengalahkan fungsi Adobe Acrobat yang merenyahkan itu. Smallpdf ada pada platform Android dan juga iOS.

Muat turun Smallpdf (Android, iOS)

Gabungkan beberapa fail PDF menjadi satu

Smallpdf ada fungsi untuk menghasilkan fail PDF daripada fail Word, PowerPoint, JPG ataupun PNG tapi saya tak kisah sangat fungsi tu sebab banyak lagi APP lain mampu lakukannya seperti Office (Android, iOS).

Dalam contoh dibawah, saya sudah ada sampel dokumen PDF yang ingin digabungkan.

Di bahagian Tools, cari pilihan Merge PDF, dan anda akan dibawa ke halaman memilih dokumen.

Pilih dokumen yang ingin digabungkan dan tekan Next. Selesai.

Cara untuk reset sesi percubaan

Smallpdf adalah aplikasi berbayar. Langganan termurahnya ialah USD108/tahun ataupun RM456/tahun. Tapi sejurus anda memasangnya, mereka ada sediakan sesi percubaan sebanyak 2 kali.

Hal ini bermakna anda boleh gunakan mana-mana peralatan dalam Tools sebanyak 2 kali/hari sebelum ia akan minta anda melanggan atau anda perlu menunggu keesokan harinya.

Tapi, saya ada cara untuk melangkauinya. Helahnya mudah sahaja, tukar tarikh telefon kepada hari berikutnya. Pergi ke ruangan Setting telefon, cari halaman untuk sunting waktu dan tarikh, matikan ciri Use network-provided time dan setkan tarikh secara manual.

Bila dah set tarikh, anda perlu Force Stop APP Smallpdf dan lancarkannya semula untuk beroleh 2 kali percubaan yang dijanjikan.

Bacaan berkaitan

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon
Tags: androidiOSpdftipstips & trickstips and trickstips dan tricks
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cara untuk gabung beberapa PDF menjadi satu guna telefon

Cara untuk gabung beberapa PDF menjadi satu guna telefon

26 July 2021
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN