• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mediatek Kompanio 1300T hadir perkukuh produk laptop berasaskan ARM

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:30 pm
  • 27/07/2021
  • Komen
Mediatek Kompanio 1300T hadir perkukuh produk laptop berasaskan ARM
Share on FacebookShare on Twitter

Mediatek mengumumkan ahli baharu dalam keluarga SoC Kompanio mereka. Kompanio 1300T tampil menjadi SoC pertama keluarga itu daripada litografi 6nm. Spesifikasi teknikal cip mirip Dimensity 1200 tapi ia ditujukan pada kategori tablet dan komputer riba.

Menggunakan dapur TSMC, SoC ini diberikan konfigurasi oktateras dengan campuran teras Cortex-A78 dan Cortex-A55 beserta GPU Mali-G77 MC9, GPU yang digunakan pada Exynos 990 dalam keluarga Galaxy S20 dan Note20.



Semua kuasa-kuasa mentah itu membolehkan ia menyokong paparan sehingga 1440p@120Hz, HDR10+, kamera sehingga 108MP dengan pelbagai ciri-ciri AI yang berguna.

Kompanio 1300T juga menyokong rangkaian 5G, sama ada Sub-6Hz atapun mmWave. Menurut MediaTek, produk yang diperkasa Kompanio 1300T akan tiba dalam pasaran seawal suku 3 tahun 2021.



Kompanio 1300T ini mungkin bakal jadi gerbang kepada pertumbuhan gaming berkuasa tinggi pada platform ARM apabila Nvidia telah mendemonstrasikan keupayaan Ray-Tracing menggunakan cip ini dengan bantuan RTX3060.

Cip dalam siri Kompanio pertama kali diperkenalkan kepada orang ramai dalam bulan November 2019 melalui Kompanio 500, kemudian diikuti dengan Kompanio 820 dalam bulan November 2020. Ketika itu, kelihatan Mediatek menumpukan kepada produk Chromebook dan produk pertama yang diperkasa cip ini ialah Lenovo IdaPad Flex 500.

Sumber: Mediatek

Tags: mediatekmediatek kompaniomediatek kompanio 1300t
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Mediatek Kompanio 1300T hadir perkukuh produk laptop berasaskan ARM

Mediatek Kompanio 1300T hadir perkukuh produk laptop berasaskan ARM

27 July 2021
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER