• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Instagram Reels panjangkan had rakaman video, tetapi tidak sepanjang TikTok

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:53 pm
  • 28/07/2021
  • Komen
Instagram Reels panjangkan had rakaman video, tetapi tidak sepanjang TikTok
Share on FacebookShare on Twitter

Pada mulanya, Reels di Instagram memberikan kebolehan kepada pengguna untuk merakam video dengan tempoh 15 saat sahaja. Kemudian ia dinaikkan kepada 30 saat dan kini tempoh rakaman video Reels dipanjangkan kepada had 60 saat (1 minit).

Kemaskini ini membolehkan pengguna menghasilkan kandungan yang kreatif di Reels lebih lama dan pada masa yang sama, anda juga boleh memuat naik semula (repost) kandungan di TikTok yang berdurasi 60 saat ke dalam Instagram Reels.



Reels. up to 60 secs. starting today. pic.twitter.com/pKWIqtoXU2

— Instagram (@instagram) July 27, 2021

Untuk mencuba kebolehan baru ini, anda boleh pergi ke Reels di Instagram, kemudian tekan logo kamera di atas kanan. Seterusnya tekan length untuk pilih tempoh video yang anda mahukan. Tetapi, had 60 saat ini masih belum dikembangkan kepada semua pengguna, ia akan dilancarkan secara fasa demi fasa.

Untuk perbandingan, pesaing Reels iaitu TikTok kelihatan lebih maju dalam mengemaskini tempoh video. TikTok sudah lama memberikan kebolehan merakam dan memuatnaik video dengan had 60 saat dan kini platform itu sudah pun memanjangkan had tersebut kepada 3 minit.



Malah YouTube Shorts, pesaingnya yang baru sahaja tiba, sudah tersedia dengan kebolehan merakam hingga 60 saat. Cuma di sini, Reels kelihatan hebat sedikit berbanding Shorts kerana ia mempunyai lebih banyak alat untuk suntingan video.

Di platform Twitter, ciri yang hampir sama dengan Reels, Tiktok dan Shorts adalah Fleets. Ia berfungsi untuk merakam video dengan had 30 saat tetapi ciri ini akan ditamatkan pada 3 Ogos kerana tidak mencapai sasaran yang diinginkan.

[Sumber: TheVerge]

Tags: instagramInstagram Reels
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Instagram Reels panjangkan had rakaman video, tetapi tidak sepanjang TikTok

Instagram Reels panjangkan had rakaman video, tetapi tidak sepanjang TikTok

28 July 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN