• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony ZV-E10, kamera bersensor APS-C termurah Sony untuk 2021

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:38 am
  • 28/07/2021
  • Komen
Sony ZV-E10, kamera bersensor APS-C termurah Sony untuk 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Sony ada satu kamera baru yang Bernama ZV-E10. Daripada spesifikasinya, ia tentu sekali ditujukan pada vlogger dan yang sedang cari kamera dengan lensa boleh tukar pertama. Namanya berbunyi seperti ia adalah kesinambungan ZV-1 yang telah dilancarkan terdahulu namun komponennya lebih kepada Alpha 6400.

Ciri yang diwarisi daripada ZV-1 ialah saiznya yang kompak beserta paparan boleh kilas ke bahagian sisi, sesuai untuk yang lakukan rakaman secara solo. Paparanya adalah daripada jenis TFT sebesar 3” dengan resolusi kira-kira 9.22MP.



Di dalam badan kompak itu terdapat pelbagai manfaat yang diambil daripada Alpha 6400. Pertama sekali ialah keupayaan untuk menukar lensa kerana ia datang dengan kaki lensa E-mount. Kemudian, ia dilengkapi sensor APS-C yang jauh lebih besar berbanding 1” pada ZV-1. Namun begitu ia bukanlah sensor baharu sebaliknya yang digunakan sejak Alpha 6000 tahun 2014 lalu.

Dengan sensor itu, anda boleh tangkap gambar pada resolusi 24MP ataupun video pada 4K@30p.



Antara port I/O yang boleh ditemui ialah dua jek 3.5mm, satu untuk mikrofon dan satu lagi untuk headfon. Anda juga ada satu USB-C untuk mengecas dan data dan satu mini HDMI.

Bateri NP-FW50 yang digunakannya boleh beri khidmat sehingga 125 minit sewaktu merakam ataupun 440 tangkapan gambar.

Dengan spesifikasi lebih rendah daripada Alpha 6400, ZV-E10 dijual pada harga RM2,599 (badan sahaja) ataupun RM3,099 dengan lensa 15-50mm. Anda boleh dapatkannya bermula September 2021.

Sumber: Sony

Tags: interchangeable lens camerakameraSonysony zv-e10
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sony ZV-E10, kamera bersensor APS-C termurah Sony untuk 2021

Sony ZV-E10, kamera bersensor APS-C termurah Sony untuk 2021

28 July 2021
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER