• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengganti Mi 10 T Pro telah dikesan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:18 am
  • 03/08/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu telefon pintar yang menjadi kegemaran ramai apabila dilancarkan tahun lepas, adalah Xiaomi Mi 10T Pro. Ia menawarkan prestasi tertinggi dan perkakas flagship, pada harga di bawah RM2,000. Telefon yang dilancarkan pada Oktober 2020 ini dijangka akan menerima penggantinya tidak lama lagi.

Pengganti Mi 10T Pro telah dikesan di dalam pengkalan data SIRIM dan ini dikhabarkan antara yang terawal dilaporkan di dunia. Xiaomi Malaysia telah mendaftarkan Mi 11T Pro dan mendapat pengesahan SIRIM, membawa makna bahawa ia sedia dijual dan digunakan di Malaysia.



Memandangkan Malaysia antara negara terawal dikesan mendaftarkan Mi 11T Pro ini, maklumat lanjut mengenai telefon ini masih samar-samar di negara lain. Selain SIRIM, Mi 11T Pro telah dikesan didaftarkan di FCC di Amerika Syarikat dan CE di Eropah.

Xiaomi Mi 11T Pro receives the SIRIM certification in Malaysia. Moniker confirmed. Plus, the device has already received the FCC certification in the past.
Also, Mi 11T is also likely to launch.
Feel free to retweet.#Xiaomi #Mi11T #Mi11TPro pic.twitter.com/GjxoEHaFJx

— Mukul Sharma (@stufflistings) August 2, 2021

Walaupun masih tidak mengetahui apa-apa tentang telefon ini, ia pasti membawakan bebrapa naik taraf berbanding Mi 10T Pro tahun lepas. Antara yang dijangka akan ada di Mi 11T Pro adalah kuasa Snapdragon 888 atau Snapdragon 870, RAM LPDDR5, storan UFS 3.1, skrin AMOLED 120Hz, kamera 108MP dan pengecasan pantas 67W.



Lebih penting lagi, adakah Xiaomi akan berjaya membawakan peranti berkuasa Snapdragon 888 pada harga di bawah RM2,000 kali ini? Kita nantikan pelancaran rasminya yang masih belum diketahui bila. Apa yang pasti, ia telah sedia untuk dijual di Malaysia.

Sebelum ini, Xiaomi Malaysia juga telah dikesan mendaftarkan tablet Mi Pad 5 di SIRIM bulan lepas tetapi ia sehingga kini masih belum dilancarkan di mana-mana negara termasuk di China.

Terima kasih kepada @Hafiz_abdullah atas tips yang diberikan.

Tags: SIRIMxiaomiXiaomi Mi 11TXiaomi Mi 11T Pro
Najib

Najib

POPULAR

Pengganti Mi 10 T Pro telah dikesan di Malaysia

3 August 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN