• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada boikot, kurang penghantar waktu puncak menyebabkan sukar tempah makanan di Grab

  • OLEH Najib
  • 6:30 pm
  • 03/08/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam kami ada melaporkan tentang kepayahan untuk membuat tempahan makanan di Grab Food, oleh pengguna biasa dan juga kedai. Kini kami menerima maklumat tambahan mengenai masalah ini untuk dijelaskan dengan lebih lanjut.

Secara ringkas, tiada boikot oleh rakan penghantar di Grab Food, tetapi ia mungkin akibat gabungan beberapa masalah yang berkaitan.



Cuba pesan di luar waktu puncak

Wakil Grab telah menghubungi kami dan memaklumkan, pengguna mungkin berhadapan masalah ketiadaan penghantar kerana membuat tempahan makanan pada waktu puncak. Sekitar waktu makan tengahari antara 12 tengah hari dan 2 petang, serta waktu makan malam antara 5 petang ke 7 malam.

Pada waktu puncak, bukan sahaja penghantar telah dipenuhi dengan tugasan menghantar makanan yang ditempah, malah kedai juga mungkin menutup sistem Grab buat sementara bagi memenuhi tempahan yang diterima.



Grab ada menerangkan lebih lanjut mengenai beberapa masalah yang mungkin timbul jika pengguna tidak dapat membuat tempahan makanan, atau penghantaran lewat dari yang sepatutnya. Untuk mengatasi masalah ini, pengguna diminta membuat tempahan lebih awal agar dapat menempah makanan dan terima pada waktu yang sepatutnya.

Grab Express bukan Grab Food?

Manakala kenyataan yang dibuat Kenny Hill Bakers (KHB) pula, ia sebenarnya merujuk kepada Grab Express bukannya Grab Food. Ini kerana KHB menggunakan sistem pesanan mereka sendiri menerusi pautan order.kennyhillsbakers.com. Pesanan kemudian dihantar menggunakan pelbagai perkhidmatan penghantaran segera, salah satu daripadanya ialah Grab Express.

Tetapi KHB mendapati khidmat penghantaran Grab Express terganggu akibat kekurangan tenaga dan ia membuatkan mereka agak lambat menyiapkan pesanan yang diterima. Sama ada kekurangan tenaga penghantar Grab Express ada berkaitan dengan Grab Food, tidak pula dapat dipastikan.

Komisyen sehingga 30% boleh dibincang

Walaupun komisyen yang dikenakan Grab kepada kedai setinggi 30%, kami dimaklumkan bahawa ia bukanlah yang tertinggi di Malaysia dan masih boleh dirunding. Jika kedai telah mendaftar sebagai rakan niaga GrabFood Delivery, mereka boleh mengaktifkan fungsi ambil sendiri (self pickup) dengan komisyen hanya 15% dan kedai dalam talian yang tidak mengenakan caj langsung untuk Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS).

Pilihan ambil sendiri di kedai bukan sahaja lebih baik untuk kedai, malah pengguna juga boleh menikmati diskaun ketika membeli. Tetapi di waktu PKP, sudah pasti lebih ramai masih memilih untuk tidak keluar dan memesan makanan dihantar terus ke rumah.

Permintaan Persatuan Pemilik Restaurant & Bistro (PPRB) untuk caj penghantaran dikurangkan kepada 15% sehingga Januari 2022, masih belum kedengaran akan dipenuhi. Semoga satu situasi menang-menang untuk semua pihak dapat dicapai dan kerajaan turut serta membant agar semua pihak dapat sama-sama mengharungi waktu yang sukar masakini.

Tags: GrabGrabFood
Najib

Najib

POPULAR

Tiada boikot, kurang penghantar waktu puncak menyebabkan sukar tempah makanan di Grab

3 August 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN