• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Melancong ala Eropah & luncur ski di Escape Cameron Highland, dijangka dibuka 2023

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:32 pm
  • 04/08/2021
  • Komen
Melancong ala Eropah & luncur ski di Escape Cameron Highland, dijangka dibuka 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Kepada individu yang gemar melancong dan suka aktiviti luar, anda boleh bersedia untuk melawat taman tema baru ala Eropah yang bakal dibina di Cameron Highland, iaitu Escape Cameron Highland.

Projek ini diilhamkan oleh Sim Leisure Group, sebuah syarikat di Malaysia yang telah menubuhkan beberapa taman tema menarik seperti Escape Penang dan KidZania KL.



Escape Cameron Highland akan dibangunkan dalam 3 fasa. Fasa 1 akan memakan masa 15 hingga 18 bulan, dengan jangkaan bahawa pembangunannya bermula pada akhir tahun ini.

Kemudian, taman tema akan dibuka pada separuh pertama 2023. Fasa 2 dan Fasa 3 akan dilaksanakan kemudian. Tarikan baru di dalam taman tema itu juga akan diperkenalkan secara berfasa.



Ia dikatakan akan menampilkan permainan dan seni bina bertemakan Eropah. Tentunya perkara tersebut akan menjadi tarikan utama di Escape Cameron Highland dan sekaligus akan menjadikan ia pusat pelancongan bertaraf dunia.

Menariknya, taman tema Escape Cameron Highland akan bergantung pada 100% sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk beroperasi, perkara ini secara tidak langsung menjadikannya sebagai taman tema mesra alam.

Ia akan dibangunkan dengan pendekatan minimalis untuk pembangunan, gangguan minimum terhadap alam semula jadi, lebih banyak penanaman pokok, penggunaan tenaga elektrik yang minimum, penggunaan semula air hujan, dan banyak inisiatif kitar semula. Maka anda tidak perlu bimbang mengenai sebarang isu berkaitan pencemaran atau kemusnahan alam sekitar.

Selain itu, taman ini juga dijangkakan akan menyediakan luncur ski pertama di dunia dalam keadaan khatulistiwa. Akan disediakan di situ lif ski untuk membawa pengunjung naik ke puncak. Kemudian ada trek ski sejauh 1.2km yang akan membawa pemain ski melalui laluan yang indah, termasuklah laluan kampung bertema tempatan.

Tambahan lagi, permainan Eropah seperti Street bowling juga akan diperkenalkan. Bukan itu sahaja, tempat penginapan mewah dan restoran F&B terkenal turut akan tersedia di dalam taman tema ini.

Pada 2 Ogos lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri ada menyaksikan majlis tanda tangan secara maya antara Pengasas Sim Leisure Group dan Taman Tema Escape, bersama pengarah merangkap pemegang saham Hektar Muda Sdn Bhd (pemilik tapak) Datuk Jimmy Doh.

Beliau sekaligus mengucapkan tahniah kepada Sim Leisure Group, kerana telah mencipta trend baru dalam pelancongan. Ini sejajar dengan kemajuan Malaysia dalam menjadikan lokasi pelacongan di Negara ini unik berbanding Negara jiran, dengan mempromosikan pelancongan yang bersih, sihat dan berorientasikan keluarga.

Dengan adanya cuaca sejuk semula jadi di Cameron Highland, taman tema Escape Cameron Highland sangat sesuai dibangunkan di sana.

Namun, tidak dinafikan perjalanan untuk ke lokasi tersebut sempit dan sesak lebih-lebih lagi ketika musim cuti. Oleh itu, pastikan anda merancang percutian dengan baik, apabila ingin mengunjungi taman tema ini sejurus ia mula beroperasi nanti.

[Sumber: Bernama, KLFoodie]

Tags: Escape Cameron Highland
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Melancong ala Eropah & luncur ski di Escape Cameron Highland, dijangka dibuka 2023

Melancong ala Eropah & luncur ski di Escape Cameron Highland, dijangka dibuka 2023

4 August 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN