• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pingat Olimpik Tokyo 2020 disumbang oleh rakyat Jepun 100% daripada bahan kitar semula

  • OLEH Najib
  • 1:44 pm
  • 05/08/2021
  • Komen
Pingat Olimpik Tokyo 2020 disumbang oleh rakyat Jepun 100% daripada bahan kitar semula
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah anda bahawa pingat emas, perak dan gangsa yang diberikan kepada pemenang di Sukan Olimpik Tokyo 2020, disumbang sepenuhnya oleh rakyat Jepun? Malah, ia dihasilkan 100% daripada bahan kitar semula. Perkara ini dijayakan menerusi Projek Pingat Tokyo 2020.

Jawatankuasa Pengurusan Olimpik dan Paralimpik Tokyo, telah memulakan “Projek Pingat Tokyo 2020” dengan mengumpulkan peranti elektronik kecil seperti telefon pintar terpakai dari seluruh Jepun untuk menghasilkan pingat Olimpik dan Paralimpik. Pengumpulan ini berjalan antara 1 April 2017 sehingga 31 Mac 2019.



Dalam tempoh 2 tahun ini, mereka telah berjaya mengumpulkan kira-kira 78,985 tan peranti elektronik kecil, dan kira-kira 6.21 juta telefon pintar terpakai yang disumbang oleh orang ramai di Jepun. Hasilnya, sebanyak kira-kira 32kg emas, 3,500kg perak dan 2,200 gangsa telah diekstrak dan dijadikan pingat untuk Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Proses membongkar dan mengekstrak besi istimewa daripada peranti elektronik ini dibuat secara teliti oleh kontraktor yang terpilih. Ia kemudiannya ditapis untuk mendapatkan bahan tulen iaitu emas, gangsa dan perak untuk dijadikan pingat.



Dengan kejayaan projek ini, ia boleh menjadi inspirasi buat semua bagi mengitar semula pelbagai perkara, terutama sekali peranti elektronik dan telefon pintar yang semakin banyak digunakan. Rakyat Malaysia juga boleh turut mengusahakan inisiatif ini dengan mengumpul dan menghantar barang yang boleh dikitar semula di tempat sepatutnya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan perniagaan, untuk mengumpul sampah elektronik seperti telefon pintar, kabel dan pengecas. Senarai pusat pengumpulan semula boleh disemak di sini.

Anda juga boleh menyemak senarai pusat pengumpulan barang kitar semula seluruh negara, di laman web Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

[Sumber: Olimpik Tokyo]

Tags: Sukan Olimpik Tokyo
Najib

Najib

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Pingat Olimpik Tokyo 2020 disumbang oleh rakyat Jepun 100% daripada bahan kitar semula

Pingat Olimpik Tokyo 2020 disumbang oleh rakyat Jepun 100% daripada bahan kitar semula

5 Ogos 2021
Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

27 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER