• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

Ajar anak kecil kendalikan laptop dengan 5 cara asas ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:16 am
  • 08/08/2021
  • Komen
Ajar anak kecil kendalikan laptop dengan 5 cara asas ini
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang tempoh PKP ini, menjadi satu perkara baru buat anak-anak kecil untuk belajar secara dalam talian menggunakan peranti, untuk PdPR. Mengetahui cara untuk gunakan laptop atau komputer adalah satu kemahiran penting untuk mereka mengikuti sesi tersebut.

Dengan kemahiran ini, pasti anak anda dapat mengakses perisian pendidikan dengan mudah dan dapat selesaikan tugasan kerja rumah dalam talian, dengan pemantauan ibu bapa yang minimum. Bagi ibu bapa yang pertama kali ingin kenalkan laptop kepada anak, anda boleh ikuti tips ini untuk mengajar anak anda cara menggunakan laptop.



5 langkah asas ajar anak cara guna laptop

Masa terbaik untuk memperkenalkan laptop atau komputer kepada anak adalah bergantung pada tahap perkembangan mereka. Sebahagian kanak-kanak akan bersedia untuk mula belajar menggunakan laptop sekitar usia 2 atau 3 tahun. Pada peringkat awal penggunaan laptop ini, anda harus selalu mengawasi mereka.

Berikut merupakan 5 langkah asas untuk mengajar anak cara menggunakan laptop.



1. Berlatih guna trackpad dan tetikus

Setiap laptop menggunakan alat navigasi yang berbeza, ianya termasuklah trackpad (pad sentuh) dengan atau tanpa butang, pointing stick dan tetikus.

Untuk menggunakannya, kemahiran motor halus sangat diperlukan. Anda boleh mulakan dengan mengajar mereka cara memegang tetikus dengan betul, cara navigasi ke arah tertentu dan perkenalkan mereka dengan butang untuk klik kanan dan kiri.

Sumber

Kanak-kanak harus memahami fungsi alat navigasi ini sebelum menggunakannya. Selain itu, ada banyak mainan dalam talian yang boleh membantu anak anda mempraktikkan kemahiran navigasi di laptop mereka. Anda boleh cuba permainan di bawah ini:

  1. Bomomo.com
  2. Let’s Go Learn
  3. Minimouse.us

2. Berlatih menggunakan papan kekunci

Mula asah kemahiran menaip anak anda dengan membiasakan mereka kepada huruf, nombor dan simbol pada papan kekunci. Anda boleh kembangkan kemahiran itu melalui permainan menaip atau aktiviti ejaan yang menyeronokkan. Berikut merupakan permainan papan kekunci dalam talian yang anda boleh cuba:

  1. Dance Mat Typing
  2. Type Rush
  3. Abcya

3. Ajar cara log masuk

Sebagai persediaan untuk memberi anak menggunakan laptop atau komputer, mereka harus belajar cara hidupkannya dan cara log masuk ke akaun pengguna mereka sendiri. Ajar mereka langkah asas untuk log masuk dan bantu mereka hafal kata laluan pengguna mereka. Untuk kanak-kanak yang kecil, mungkin anda boleh menyediakan langkah tersebut berhampiran komputer supaya mereka boleh merujuknya.

4. Kongsi cara melancarkan aplikasi

Ajar mereka cara lancarkan aplikasi melalui dua kaedah. Pertama dedahkan kepada mereka mengenai fungsi carian dan kedua ajar mereka tentang ciri menu. Untuk kanak-kanak yang sudah pandai membaca dan menulis, mereka boleh didedahkan dengan dua kaedah itu. Tetapi untuk kanak-kanak yang masih belajar membaca, anda boleh kenalkan mereka kepada bentuk ikon menu dan ikon aplikasi lain.

5. Tunjukkan cara menanda halaman web

Apabila anak anda memasuki fasa mencari bahan bacaan melalui Internet, anda boleh ajar mereka cara menandai (bookmark) laman web, yang sering mereka guna untuk sekolah atau bermain. Galakkan anak anda untuk susun bookmark dengan teratur agar mereka mudah mengaksesnya.

Untuk bookmark halaman, boleh ikut langkah ini:

  1. Pergi ke laman web yang ingin ditandakan
  2. Klik ikon bintang di bahagian atas kanan
  3. Namakan bookmark itu
  4. Pilih fail untuk simpan halaman itu
  5. Tekan done

Untuk akses semula laman web yang telah ditanda itu, anda boleh lihatnya pada bahagian atas enjin carian yang digunakan. Selain itu, ajarkan juga cara meletakkan aplikasi yang sering mereka gunakan di paparan desktop, supaya mereka mudah menggunakannya.

Apabila anak anda sudah mahir, mereka pasti boleh kendalikan laptop mereka sendiri dengan pemantauan yang minimum. Cuma, pastikan anda hidupkan ciri keselamat di Internet seperti SafeSearch agar anak anda tidak mengakses perkara yang tidak sesuai dengan usia mereka.

[Sumber: Higher Ground]

[Sumber gambar: Psd]

Tags: laptopPdPR
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Ajar anak kecil kendalikan laptop dengan 5 cara asas ini

Ajar anak kecil kendalikan laptop dengan 5 cara asas ini

8 August 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN