• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Spotify Premium RM1, Satelit MEASAT-3 dikuburkan & pengecas magnetik Realme MagDart | SBM #30

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:59 pm
  • 11/08/2021
  • Komen
Spotify Premium RM1, Satelit MEASAT-3 dikuburkan & pengecas magnetik Realme MagDart | SBM #30
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang diketengahkan dalam episod ini, apa naik taraf teknologi yang diberikan pada Proton Iriz dan Persona 2022? Pingat Olimpik dihasilkan dari barang terpakai? Spotify Premium ada pelan baru serendah RM1?

1. Satelit Astro, MEASAT-3, dikuburkan di angkasa lepas

Selepas lebih sebulan menghadapi masalah tidak berada di lokasi sepatutnya dalam orbit, satelit MEASAT-3 akhirnya dilaporkan telah dibersarakan oleh pengendalinya. Dalam beberapa minggu lagi, pengendali satelit itu memaklumkan akan menyahorbitkan kelengkapan mereka.



Berita penuh di sini.

2. Proton Iriz dan Persona 2022: 6 naik taraf teknologi yang perlu anda tahu

Proton lancarkan model baharu mereka iaitu Proton Iriz 2022 dan Proton Persona 2022. Kedua-dua model ini ada sedikit penyegaran pada rekaan dan beberapa ciri tambahan yang canggih, termasuklah 6 naik taraf teknologi yang sangat menarik.



Maklumat lanjut di sini.

3. Oppo Reno6 & Reno6 Z: Maklumat penjualannya di Malaysia

Tempahan untuk memiliki Reno6 & Reno6 Z sudahpun dimulakan sehingga 13 Ogos 2021. Hari pertama jualan ditetapkan pada 14 Ogos 2021. Oppo Reno 6 boleh didapati pada harga RM2399 manakala Oppo Reno 6Z pula RM1699. 

Maklumat penuh di sini.

4. Pingat Olimpik Tokyo 2020 disumbang oleh rakyat Jepun 100% daripada bahan kitar semula

Pingat emas, perak dan gangsa yang diberikan kepada pemenang di Sukan Olimpik Tokyo 2020, disumbang sepenuhnya oleh rakyat Jepun dan ia dihasilkan 100% daripada bahan kitar semula. Perkara ini dijayakan menerusi Projek Pingat Tokyo 2020 dan pengumpulan bahan berjalan antara 1 April 2017 sehingga 31 Mac 2019.

Berita penuh di sini.

5. Realme MagDart bukan sahaja pengecas magnetik tetapi miliki ekosistem lebih luas

Realme jadi yang pertama menghasilkan pengecas magnetik wayarles untuk peranti Android, ia dipanggil Realme MagDart. Ekosistemnya luas, tidak terhad kepada pengecas magnetik sahaja. Pengecas MagDart ini memiliki fizikal setebal 23.5mm dan ada kipas penyejuk di dalam.

Maklumat lanjut di sini.

6. Spotify Premium pelan harian ditawarkan pada harga RM1

Spotify  perkenal dua pelan baru iaitu Premium harian RM1 dan Premium mingguan RM3.90. Ini menjadikan Spotify kini ada 5 pelan termasuk pelan individual bulanan, duo bulanan dan family bulanan. 

Maklumat penuh di sini.

7. Sidang video di Telegram kini boleh disertai 1000 orang

Telegram telah naik taraf fungsi sidang video yang kini boleh menampung sehingga 1,000 orang peserta dalam satu panggilan. Semua panggilan video termasuklah 1-dengan-1 kini ada fungsi screen sharing beraudio.

Naik taraf lain ada di sini.

Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Spotify Premium RM1, Satelit MEASAT-3 dikuburkan & pengecas magnetik Realme MagDart | SBM #30

Spotify Premium RM1, Satelit MEASAT-3 dikuburkan & pengecas magnetik Realme MagDart | SBM #30

11 August 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER