• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Autoplay di Youtube untuk pengguna bawah 18 tahun akan dinyahaktifkan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:52 pm
  • 12/08/2021
  • Komen
Autoplay di Youtube untuk pengguna bawah 18 tahun akan dinyahaktifkan

Little dependent gamer kid playing on laptop indoors

Share on FacebookShare on Twitter

Kalangan kanak-kanak kini banyak meluangkan masa di dalam talian untuk menyelesaikan tugasan sekolah. Mereka sebenarnya berpotensi terdedah kepada bahaya dalam talian seperti melihat kandungan yang tidak sesuai dengan usia.

Bagi mengekang hal itu dari berlaku, Google akan memperkenalkan pelbagai dasar dan kemas kini baharu untuk memastikan kanak-kanak dapat melayari Internet dengan selamat.



1. Beri kawalan terhadap jejak digital kanak-kanak

Jika anda atau anak anda ada menjumpai gambar mereka di Google Search, dalam beberapa minggu lagi, Google akan memperkenalkan polisi baru yang membolehkan individu di bawah usia 18 tahun, ibu bapa atau penjaga mereka, untuk meminta penghapusan gambar tersebut dari Google. Ini membolehkan kanak-kanak mengawal gambar mereka yang ada di dalam talian.

2. Menyesuaikan pengalaman produk untuk kanak-kanak & remaja

Google akan melakukan beberapa perubahan kepada Google Accounts yang digunakan oleh individu berusia 18 tahun ke bawah, iaitu:



  1. YouTube – Google akan mengubah tetapan muat naik ke pilihan paling peribadi untuk pengguna berusia 13-17 tahun.
  2. Search (Carian) – Dalam beberapa bulan lagi, Google akan aktifkan SafeSearch untuk pengguna di bawah 18 tahun dan menjadikan ini sebagai tetapan default untuk remaja yang membuka akaun baru.
  3. Assistant – Google akan berusaha mencegah kandungan dewasa daripada muncul, apabila ciri SafeSearch diaktifkan.
  4. Sejarah lokasi – Sejarah lokasi (Location history) untuk pengguna di bawah 18 tahun tidak lama lagi akan kekal dimatikan tanpa pilihan untuk menghidupkannya.

3. Sedia iklan sesuai

Google akan memperluas perlindungan untuk mengelakkan iklan yang tidak sesuai daripada ditontonkan kepada kanak-kanak. Mereka akan menyekat iklan yang mensasarkan penonton berdasarkan usia, jantina atau minat individu di bawah 18 tahun. Perkara ini akan diperluas kepada umum dalam beberapa bulan akan datang.

4. Autoplay di YouTube akan dimatikan

Selain itu, bagi anak anda yang sering mengakses YouTube, tidak lama lagi ciri peringatan untuk rehat dan masa tidur akan dihidupkan. Mereka juga akan menyahaktifkan autoplay untuk pengguna bawah umur 18.

5. Nyatakan tujuan jelas data pengguna dikumpulkan

Disebakan Google ada mengumpulkan data pengguna, jadi mereka akan memudahkan anak-anak dan remaja memahami data apa yang dikumpulkan, mengapa, dan bagaimana ia digunakan. Oleh itu, Google akan sediakan bahan yang mudah difahami untuk anak-anak dan ibu bapa supaya mereka memahami bagaimana Google menggunakan data. Perkara ini akan mula dilancarkan secara meluas dalam beberapa bulan akan datang.

6. Usaha berterusan mengembangkan produk sesuai dengan usia

Google akan sentiasa bekerjasama dengan kanak-kanak dan remaja, ibu bapa, kerajaan, pemimpin industri serta pakar dalam bidang keselamatan kanak-kanak untuk rekaan produk yang lebih baik dan selamat untuk pengguna kanak-kanak dan remaja.

Untuk memberikan pengguna pengalaman baik di Google, mengetahui umur mereka adalah elemen yang penting. Namun menjadi cabaran untuk mereka mengetahui hal itu dengan tepat di pelbagai produk dan hormati privasi pengguna pada masa yang sama. Ia memerlukan maklumbalas dari pelbagai pihak demi memastikan Internet selamat digunakan oleh kanak-kanak.

[Sumber: Google]

[Sumber gambar: Family Education]

Tags: Google
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Autoplay di Youtube untuk pengguna bawah 18 tahun akan dinyahaktifkan

Autoplay di Youtube untuk pengguna bawah 18 tahun akan dinyahaktifkan

12 August 2021
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER