• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Data TikTok & Instagram tanpa had kini di Pelan Belia Digi untuk waktu terhad

  • OLEH Najib
  • 11:27 am
  • 16/08/2021
  • Komen
Data TikTok & Instagram tanpa had kini di Pelan Belia Digi untuk waktu terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Belia yang gemar memuat naik kandungan ataupun sekadar menonton aplikasi sosial TikTok dan Instagram, kini boleh menikmati penggunaan data tanpa had dengan Pakej Data Khas Belia Digi. Pelan yang sebelum ini hanya boleh dilanggan oleh pelajar, kini telah dibuka kepada semua belia yang berusia antara 12 hingga 24 tahun.

Pakej Data Khas Belia Digi ditawarkan pada harga langganan RM20 sebulan. Ia menyediakan 15GB data internet berkelajuan tinggi untuk semua kegunaan selama 30 hari, serta kini dengan data tanpa had untuk TikTok dan Instagram. Pakej ini boleh dilanggan oleh mereka yang lahir di antara tahun 1997 hingga 2009.



Walaupun pakej ini ditawarkan sehingga satu tarikh yang masih belum diberitahu, data tanpa had TikTok dan Instagram ini diberikan sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Bermakna, ia boleh dinikmati kurang dari 3 bulan bermula hari ini.

Untuk pelanggan Digi sedia ada dan layak untuk memohon, ia boleh didapati dengan mudah melalui aplikasi MyDigi atau dengan mendail *123#. Untuk pelanggan baharu pula, boleh mendaftar untuk pelan tersebut yang datang dengan SIM percuma melalui Digi Store, Digi Store Online, atau daripada mana-mana pengedar sah Digi.



Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman web Pakej Data Khas Pelajar Digi.

Jangan lupa juga untuk menebus 1GB data percuma setiap hari. Digi termasuk salah satu telco yang melanjutkan pemberian 1GB percuma sehingga 31 Disember 2021. Data percuma ini boleh digunakan untuk aplikasi produktiviti dan pembelajaran.

Tags: digi
Najib

Najib

POPULAR

Data TikTok & Instagram tanpa had kini di Pelan Belia Digi untuk waktu terhad

Data TikTok & Instagram tanpa had kini di Pelan Belia Digi untuk waktu terhad

16 August 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN