• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Galaxy Smart Tag percuma jika tempah awal Galaxy Z Fold 3 atau Z Flip 3 dengan kod promosi eksklusif ini

  • OLEH Najib
  • 11:08 am
  • 19/08/2021
  • Komen
PROMO: Galaxy Smart Tag percuma jika tempah awal Galaxy Z Fold 3 atau Z Flip 3 dengan kod promosi eksklusif ini
Share on FacebookShare on Twitter

Tempahan awal untuk telefon pintar boleh lipat Samsung terbaru, Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3 telah mula dibuka hari ini, 19 Ogos 2021. Selain tawaran istimewa yang disediakan Samsung, pembaca SoyaCincau berpeluang menerima hadiah percuma tambahan iaitu Samsung Galaxy Smart Tag (pek berkembar bernilai RM209).

Caranya, dengan menggunakan kod promosi kami SCZF3VIP.



Cara menebus kod promosi

Promosi eksklusif untuk pembaca SoyaCincau ini hanya terdapat di laman web Samsung Malaysia. Sebelum membuat bayaran akhir, masukkan kod SCZF3VIP di bahagian ‘checkout’. Anda akan dapat melihat Samsung Galaxy Smart Tag (twin-pack) di dalam troli pembelian ditanda FREE (percuma).

Sila ambil perhatian bahawa pelanggan yang membuat tempahan awal bagi Galaxy Z Fold 3, akan menerima eBaucar RM850 percuma. Manakala untuk tempahan awal Galaxy Z Flip 3, mendapat eBaucar RM600.



Kemudian, eBaucar percuma ini perlu digunakan terus semasa membuat tempahan awal. Samsung menyediakan 3 pek aksesori yang boleh ditebus dengan eBaucar percuma ini. Jika harganya melebihi jumlah eBaucar, maka anda perlu membayar lebihan harga tersebut.

Selain aksesori, pembeli juga boleh memilih untuk menebus eBaucar ini dengan membeli produk lain Samsung iaitu Galaxy Watch 4, Galaxy Watch 4 Classic, Galaxy Buds 2, Galaxy Buds Live atau Galaxy Buds Pro. Jika harganya melebihi nilai eBaucar, pembeli harus membayar perbezaannya.

Memandangkan Samsung tidak memberikan kepala pengecas di dalam kotak, memilih pek aksesori adalah satu cara mendapatkan kepala pengecas percuma. Jika tidak, anda boleh juga menggunakan kepala pengecas lama atau membelinya secara berasingan.

Kenali Galaxy Z Fold 3 dan Z Flip 3 lebih lanjut di artikel pengumuman kami di bawah ini:

  • Samsung Galaxy Z Fold 3
  • Samsung Galaxy Z Flip 3

Apa itu Samsung Galaxy Smart Tag

Samsung Galaxy Smart Tag adalah penjejak digital yang boleh membantu mencari barangan peribadi yang dipasang kepadanya, seperti beg, kunci ataupun haiwan peliharaan. Ia menggunakan teknologi Bluetooth dan berharga RM119 sebuah, atau RM209 dalam pek berkembar.

Cariannya boleh dilakukan menerusi fungsi Samsung Nearby Find. Jika berada di luar liputan Bluetooth, ia akan menggunakan rangkaian Galaxy Find Network dengan mengesan peranti Samsung berhampiran yang membantu menyalurkan carian kepada pengguna.

Pengguna boleh membunyikan penggera di Galaxy Smart Tag untuk mencarinya jika ia tersembunyi. Tag ini juga memiliki butang yang boleh mengaktifkan penggera di telefon atau produk IoT lain. Bateri berbentuk syiling di dalamnya, memberi tenaga sehingga 300 hari.

Tags: samsungSamsung Galaxy SmartTagSamsung galaxy z flip 3Samsung Galaxy Z Fold 3
Najib

Najib

POPULAR

PROMO: Galaxy Smart Tag percuma jika tempah awal Galaxy Z Fold 3 atau Z Flip 3 dengan kod promosi eksklusif ini

PROMO: Galaxy Smart Tag percuma jika tempah awal Galaxy Z Fold 3 atau Z Flip 3 dengan kod promosi eksklusif ini

19 August 2021
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN