• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Strim perlawanan EPL secara langsung serendah RM7.90 di Sooka

  • OLEH Najib
  • 1:34 pm
  • 19/08/2021
  • Komen
Strim perlawanan EPL secara langsung serendah RM7.90 di Sooka
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat bola sepak pasti telah merasai kehangatan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021 yang telah membuka tirai musim 2021/2022. Jika anda mahu menontonnya, platform penstriman Sooka bakal menyiarkan 380 perlawanan EPL secara langsung dan definisi tinggi HD.

Kesemua perlawanan EPL ini boleh ditonton menerusi aplikasi mudah alih Sooka, yang boleh dimuat turun di Apple AppStore dan Google PlayStore. Sooka menyediakan 2 cara untuk menonton EPL di platform mereka, dengan pelan bulanan atau pas tunggal.



Pelan bulanan Sooka VIP+Sports berharga RM41.90/bulan, memberi akses penuh semua saluran sukan yang terdapat di Sooka, tidak terhad kepada perlawanan bola sepak EPL sahaja. Jika peminat mahu menonton hanya pasukan EPL kegemaran bermain, pas tunggal ada ditawarkan pada harga RM7.90 untuk setiap perlawanan.

Sooka adalah platform penstriman kandungan mudah alih oleh Astro, menyedikan akses kepada saluran sukan seperti siaran langsung perlawanan dan berita terkini berkaitan sukan. Sebelum ini, Astro tidak menyediakan pelan khas untuk peranti mudah alih. Peminat sukan perlu melanggan pelan satelit Astro untuk akses ke aplikasi mudah alih Astro Go.



Selain pelan VIP+Sports berharga RM41.90/bulan, Sooka turut menyediakan pelan VIP Entertainment pada kadar RM15.90/bulan, menawarkan kandungan hiburan terbaik di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai drama, rancangan dan filem tempatan, serta siri-siri eksklusif dan original Sooka.

Jika berminat, anda boleh mendaftar perkhidmatan Sooka di laman web www.sooka.my, serta menerusi muat turun aplikasi di Apple AppStore dan Google PlayStore. Buat masa ini, aplikasi Sooka masih belum terdapat untuk Android TV.

Tags: Liga Perdana Inggerissooka
Najib

Najib

POPULAR

Strim perlawanan EPL secara langsung serendah RM7.90 di Sooka

Strim perlawanan EPL secara langsung serendah RM7.90 di Sooka

19 August 2021
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN