• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 8 dengan skrin melengkung 90Hz akan dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:49 pm
  • 20/08/2021
  • Komen
Huawei Nova 8 dengan skrin melengkung 90Hz akan dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan satu telefon pintar baru di Malaysia tidak lama lagi. Ia adalah Huawei Nova 8 dan akan tiba pada 27 Ogos 2021.

Menurut namanya, Nova 8 pastilah lelihatan sebagai pengganti kepada Nova 7 5G yang dilancarkan setahun yang lepas. Tetapi daripada senarai spesifikasinya, ia ibarat diturun taraf.



Kekurangan pertama adalah tiada sokongan 5G pada Nova 8. Seterusnya ia menggunakan cip kelas pertengahan, Kirin 820E yang diperkasa 3-teras Cortex A76 2.2Ghz dan 3-teras Cortex A55 1.84GHz. Huawei juga memadankannya dengan RAM 8GB dan storan 128GB sahaja.

Tetapi di skrin, ia dinaik taraf kepada paparan OLED 90Hz, berukuran 6.57-inci HD Penuh. Malah, skrin ini melengkung di kedua belah sisinya.



Di kamera seperti tidak banyak berbeza. Menggunakan modul kamera bujur di belakang, ia menempatkan kamera utama 64MP, kamera ultralebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Di hadapan, ia dilengkapi kamera 32MP di dalam lubang kecil di atas skrin.

Bateri juga agak kecil, hanya 3,800mAh tetapi menyokong pengecasan lebih pantas SuperCharge 66W melalui USB-C. Tidak kelihatan speaker stereo padanya, malah ia juga tiada jek audio 3.5mm.

Seperti biasa, masih tiada aplikasi dan perkhidmatan Google di dalam Nova 8. Ia masih menggunakan sistem operasi EMUI 12, bukannya Harmony OS 2 yang telah digunakan di MatePad Pro 2021 dan MatePad 11.

Tahun lepas, Huawei Nova 7 5G dilancarkan pada harga RM1,999 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Bagi Nova 8 kelak, pasti harganya akan jauh lebih murah. Mungkin di bawah RM1,500. Kita tunggu pengumuman rasmi Huawei pada 27 Ogos nanti.

Tags: Huaweihuawei nova 8
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Huawei Nova 8 dengan skrin melengkung 90Hz akan dilancar di Malaysia

Huawei Nova 8 dengan skrin melengkung 90Hz akan dilancar di Malaysia

20 August 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN