• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LG PuriCare, pelitup muka unik dilengkapi pembersih udara, kipas & mikrofon

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:26 pm
  • 20/08/2021
  • Komen
LG PuriCare, pelitup muka unik dilengkapi pembersih udara, kipas & mikrofon
Share on FacebookShare on Twitter

LG Electronics membuka tempahan awal untuk LG PuriCare Wearable Air Purifier, iaitu pelitup muka yang juga berfungsi sebagai pembersih udara. Tempahan dibuka bermula 20 Ogos sehingga 31 Ogos 2021.

Jika anda perasan, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, bekas pengerusi prasarana pernah memakai pelitup muka seperti ini semasa melawat kemalangan Lrt Kelana Jaya dahulu. Ia memang dari model yang sama, tetapi keluaran pertama itu ada beberapa perbezaan dibandingkan model baru ini seperti berat dan rekaan.



Model terbaru ini mempunyai reka bentuk yang ringan dan mempunyai ciri penguat suara. Ia juga menggunakan penapis berprestasi tinggi.

Berikut merupakan ciri yang ada pada pelitup muka LG PuriCare Wearable Air Purifier.



1. Dua penapis udara premium

Pelitup muka ini menggabungkan dua penapis HEPA H13, sama seperti yang terdapat dalam pembersih udara premium di rumah. Ciri ini terbukti dapat menapis zarah-zarah berbahaya seperti habuk, virus, bakteria dan alergen sehingga 99.95%.

2. Dua kipas kecil

Selain itu, ia juga dilengkapi sensor pernafasan dan dua kipas (dual fans) dengan motor yang sangat kecil dan ringan. Kipas akan dilaraskan secara automatik mengikut kitaran pernafasan pemakai.

Sistem ini dapat mencegah masalah yang sering dialami oleh individu yang memakai cermin mata dan pelitup muka pada masa yang sama. Ia dapat mengelak cermin mata daripada berkabus ketika pemakai menghembus nafas.

3. Berat 94 gram

Di samping itu, ia dicipta dari material yang halus dan bergaya dengan warna Creamy White (putih krim). Pelitup muka ini tersedia dengan saiz besar untuk memberikan kesesuaian yang baik kepada lebih ramai pengguna. Manakala ukuran sederhana boleh didapati melalui pembelian berasingan.

Reka bentuknya juga dapat mengurangkan kebocoran udara di sekitar hidung dan dagu. Ia dilengkapi dengan tali telinga elastik boleh laras untuk pemakaian yang lebih selesa. Beratnya hanya 94 gram, sesuai untuk kegunaan seharian.

4. Ada mikrofon & pembesar suara

Tambahan lagi, ia turut dilengkapi ciri VoiceON, ada mikrofon terbina di dalam. Ia secara automatik akan mengesan ketika pemakai bercakap dan bantu lontarkan suara supaya individu boleh mendengar suara pemakai dengan baik.

Pelitup muka pembersih udara ini mempunyai kapasiti bateri 1,000 mAh, boleh beroperasi sehingga 8 jam dengan sekali cas.

Dalam suku ke-4 tahun ini, LG akan melancarkan aplikasi yang boleh disambungkan ke topeng muka melalui Bluetooth. Ia akan membolehkan pengguna mengesan pernafasan mereka sendiri dan menguruskan pelitup muka dengan baik dari telefon pintar.

Pembelian LG PuriCare akan dilengkapi dengan:

  1. Topeng pembersih udara
  2. Penapis HEPA H13 – 2 helai
  3. Penutup dalaman (Inner Cover) – 15 helai
  4. Pelitup muka saiz L
  5. Tali telinga
  6. Pemanjang tali (Strap extender)
  7. Kabel pengecas
  8. Beg mudah alih

Harga tempahan awal

Tempoh tempahan awal bermula pada 20 Ogos hingga 31 Ogos 2021. Harga berbeza mengikut pakej seperti di bawah:

  1. Starter Package RM749
    1. Topeng pembersih udara – RM749 (harga asal RM849)
    2. Penutup dalaman (Inner Cover) – Percuma (harga asal RM53)
  1. Couple Package RM1498
    1. Topeng pembersih udara (2) – RM1498 (harga asal RM1698)
    2. 2 set penutup dalaman (Inner Cover) – Percuma (harga asal RM53)
    3. Penapis HEPA H13 – Percuma (harga asal RM53)

Tempahan awal boleh dilakukan di sini. LG PuriCare Wearable Air Purifier akan tiba secara rasmi di Malaysia pada September 2021 dan akan tersedia untuk dibeli di seluruh pengedar sah LG dan juga melalui Lazada serta Shopee.

Tags: lgLG PURICARE
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
LG PuriCare, pelitup muka unik dilengkapi pembersih udara, kipas & mikrofon

LG PuriCare, pelitup muka unik dilengkapi pembersih udara, kipas & mikrofon

20 August 2021
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER