• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung gayakan Galaxy A22 LTE & 5G dengan warna-warni pastel

  • OLEH Najib
  • 6:01 pm
  • 20/08/2021
  • Komen
Samsung gayakan Galaxy A22 LTE & 5G dengan warna-warni pastel
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mencari telefon pintar Samsung paling murah dengan sokongan 5G, tak lain dan tak bukan model yang ada ialah Galaxy A22. Ia dijual pada harga di bawah RM1,000 dengan pilihan warna pastel yang bergaya.

Samsung melancarkan Galaxy A22 dalam dua perisa, LTE dan 5G. Harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Galaxy A22 LTE (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM899
  • Galaxy A22 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM999

Untuk masa terhad, pembeli Galaxy A22 LTE dan 5G akan menerima hadiah percuma berupa casing getah lutsinar, bernilai RM39. Mungkin ini agak aneh kerana kebanyakan pengeluar lain, memberikannya secara percuma di dalam kotak.

Kepada yang berminat memilikinya, boleh layari laman produk Samsung Galaxy A22 LTE dan Galaxy A22 5G.



Jika diperhatikan dengan teliti spesifikasi di atas, kedua-dua model ini berbeza dalam banyak perkara, sama seperti abangnya Galaxy A32.

Spesifikasi Galaxy A22 LTE

Untuk model LTE, ia dikuasakan cip Mediatek Helio G80, bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Kad mikroSD sehingga 1TB turut diterima untuk meluaskan storan.

Galaxy A22 LTE dilengkapi skrin Super AMOLED 90Hz 6.4-inci dalam resolusi HD+ sahaja. Tetapi pengimbas capjarinya di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Untuk kamera, ia gandingan 4 kamera di belakang iaitu kamera utama 48MP OIS, kamera ultralebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Di hadapan, takuk kecil di atas skrin memuatkan kamera 13MP F2.2.

Bateri pula berkapasiti 5,000mAh dan menerima pengecasan pantas 15W USB-C. Telefon ini tiada speaker stereo tetapi masih ada jek audio 3.5mm.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Galaxy A22 LTE iaitu hitam, ungu pastel dan hijau pastel.

Spesifikasi Galaxy A22 5G

Kuasa di versi 5G ini menggunakan cip Mediatek Dimensity 700 5G, bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Kad mikroSD sehingga 1TB juga diterima di dalamnya.

Skrin pada versi 5G ini nampak kurang hebat berbanding versi LTE. Ini kerana ia bukan sahaja menggunakan skrin LCD 6.6-inci, tetapi kadar penyegaran hanya 60Hz. Nasib baik, resolusinya tinggi HD Penuh.

Terdapat takuk V di atas skrin, menempatkan kamera hadapan 8MP. Kamera belakang pula hanya 3 iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 5MP dan kamera potret 2MP.

Bateri dan speaker di versi 5G ini sama dengan LTE. Ia ada bateri 5,000mAh dangan sokongan pengecas 15W USB-C, serta speaker mono dan jek audio 3.5mm.

Warna juga ada tiga di Galaxy A22 5G, tetapi sedikit berbeza iaitu kelabu, hijau pastek dan ungu pastel.

Tags: samsungSamsung Galaxy A22
Najib

Najib

POPULAR

Samsung gayakan Galaxy A22 LTE & 5G dengan warna-warni pastel

Samsung gayakan Galaxy A22 LTE & 5G dengan warna-warni pastel

20 August 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER