• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ZTE Axon 30 Ultra ada trikamera 64MP & periskop sudah tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:14 pm
  • 25/08/2021
  • Komen
ZTE Axon 30 Ultra ada trikamera 64MP & periskop sudah tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Shopee telah memulakan kempen jualan 9.9 mereka dari 25 Ogos sehingga 9 September 2021. ZTE Malaysia turut tidak melepaskan peluang menyertai kemeriahan ini, dengan melancarkan telefon pintar berkuasa tinggi mereka, ZTE Axon 30 Ultra ke pasaran Malaysia.

Telefon pintar terbaru ZTE ini menampilkan sistem tri-kamera 64MP, berganding dengan kamera periskop. Selain itu, ia dilengkapi prestasi tinggi dengan cip 5nm, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1.



Khas untuk jualan 9.9, dari hari ini sehingga 9 September 2021, pembeli ZTE Axon 30 Ultra akan menerima hadiah percuma bernilai RM499 iaitu powerbank, fon kepala, kaemra aksi dan baucar KFC.

ZTE Axon 30 Ultra dijual di Malaysia pada harga RM3,599 dengan RAM 12GB dan storan dalaman 256GB. Ia boleh dibeli di Stor ZTE di Lazada dan Shopee, dengan warna hitam sahaja.



Spesifikasi

Kuasa tinggi pada ZTE Axon 30 Ultra disumbang oleh cip Snapdragon 888 5nm, RAM LPDDR5 seluas 12GB dan storan UFS 3.1 sebesar 512GB. Tiada kad mikroSD diterima dan ia boleh memuatkan 2 kad sim bersaiz nano.

Skrin hadapannya melengkung di kedua belah sisi, berukuran 6.67-inci HD Penuh jenis AMOLED, dengan kadar penyegaran 144Hz dan kadar sentuhan 300Hz. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin ini.

Tenaga pula disalurkan oleh abteri 4,600mAh dan ia boleh dicas pantas dengan kuasa setinggi 65W. Lebih baik lagi, kepala pengecas dan kabel turut diberikan di dalam kotak.

Perkara paling menarik pada telefon ini adalah sistem tri-kamera 64MP. Ia adalah gabungan empat kamera belakang iaitu kamera utama 64MP F1.6 OIS dengan sensor Sony IMX686, kamera ultra lebar 64MP F2.2, kamera potret 64MP F1.9, serta kamera telefoto periskop 8MP berkeupayaan zum optikal 5x dan zum hibrid 60x.

Kamera hadapan hanya 16MP, terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin. Antara fungsi yang terdapat di kamera ZTE Axon 30 Ultra adalah kemampuan menangkap gambar dan video menggunakan tiga lensa serentak. Selain itu, mod bulan atau Moon Mode membenarkan gambar bulan lebih menarik ditangkap.

Dengan prestasi tinggi dan skrin AMOLED yang pantas, keseronokan bermain game di telefon ini dipertingkat dengan speaker stereo. Tetapi Axon 30 Ultra tiada ciri premium iaitu pengecasan wayarles dan sokongan kalis air.

Sistem operasi MyOS11 digunakan di Axon 30 Ultra, dihasilkan oleh ZTE sendiri berasaskan Android 11.

Tags: ZTEZTE Axon 30 Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
ZTE Axon 30 Ultra ada trikamera 64MP & periskop sudah tiba di Malaysia

ZTE Axon 30 Ultra ada trikamera 64MP & periskop sudah tiba di Malaysia

25 August 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN