• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNG eWallet kini terima wang masuk guna DuitNow

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:20 pm
  • 27/08/2021
  • Komen
TNG eWallet kini terima wang masuk guna DuitNow
Share on FacebookShare on Twitter

TNG eWallet telah mengaktifkan satu cara baharu untuk anda lakukan perpindahan wang. Kali ini DuitNow boleh digunakan untuk pindah wang masuk ke eWallet anda daripada bank.

Melalui halaman FAQ TNG eWallet, ada dua kaedah DuitNow yang boleh digunakan iaitu:



  1. DuitNow ID
  2. Nombor akaun TnG eWallet

Kaedah pertama lebih ringkas dan mudah. Apa yang perlu anda lakukan cuma tambat mana-mana dokumen pengenalan diri DuitNow kepada akaun TnG eWallet sama ada nombor kad pengenalan, nombor telefon, ataupun nombor passport.

Apabila ditambat, semua transaksi masuk yang menggunakan nombor tersebut akan disalurkan kepada eWallet itu.



Kaedah kedua agak renyah kerana anda perlu ingat satu set nombor, sama seperti anda perlu ingati nombor akaun bank. Sudahnya, ia tidaklah memenuhi objektif DuitNow iaitu membasmi keperluan mengingati nombor akaun sendiri.

Perlu diingatkan yang fungsi DuitNow ini adalah untuk transaksi masuk sahaja. Kalau anda nak keluarkan wang, anda boleh gunakan fungsi Go+. Sebanyak 1 hari waktu bekerja diperlukan untuk melunaskan transaksi dan amaun yang dikeluarkan adalah sekurang-kurangnya RM10 dan baki dalam akaun Go+ perlulah berada pada paras minimum RM10.

Tags: eWallettngtng ewallet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

TNG eWallet kini terima wang masuk guna DuitNow

TNG eWallet kini terima wang masuk guna DuitNow

27 August 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN