• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia Ride tawar perjalanan percuma sempena Hari Kebangsaan

  • OLEH Najib
  • 1:46 pm
  • 30/08/2021
  • Komen
AirAsia Ride tawar perjalanan percuma sempena Hari Kebangsaan
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia Ride, perkhidmatan e-panggilan oleh AirAsia baru sahaja dilancarkan minggu lepas. Dilihat mahu memberi saingan sengit kepada Grab, AirAsia Ride kini menawarkan perjalanan percuma sempena Hari Kebangsaan.

Selama 3 hari, dari 30 Ogos sehingga 1 September 2021, nikmati diskaun RM10 untuk sekali perjalanan dengan memasukkan kod promosi FREERIDE semasa membuat tempahan. Jika caj perjalanan di bawah RM10, maka ia percuma. Tetapi jika lebih RM10, anda perlu membayar lebihan tersebut.



Kod promosi ini juga terhad, boleh ditebus oleh 500 pengguna pertama sahaja setiap hari. Bermakna, promosi 3 hari ini menyediakan 1,500 tebusan percuma. Setiap pelanggan juga boleh menebus hanya sekali.

Buat masa ini, AirAsia Ride terdapat di Lembah Klang sahaja. ia akan diluaskan ke bandar-bandar utama selepas ini secara berperingkat.



AirAsia yakin mereka membawa revolusi kepada dunia perkhidmatan e-panggilan. Antara pembaharuan yang diperkenalkan adalah penumpang boleh memilih pemandu, analisis data untuk pengalaman lebih menyeluruh dengan perkhidmatan AirAsia lain, insentif untuk pemandu yang menerima lebih banyak tugasan bukannya penalti kepada yang menolak, penumpang boleh menawarkan upah tambahan untuk menarik pemandu, serta caj platform lebin rendah iaitu 15% berbanding 20% di platform lain.

Selain itu, bagi memberi ketenangan minda kepada penumpang, AirAsia juga membenarkan individu yang sudah lengkapkan program vaksinasi COVID-19 sahaja menjadi pemandu AirAsia Ride. Pemandu juga akan diberikan kit ujian kendiri secara berkala bagi memastikan mereka bebas jangkitan.

Selain promosi Hari Kebangsaan, AirAsia juga menyediakan promosi pengenalan iaitu rebat RM3 dengan kod promosi AARIDE3. Promosi ini diberikan kepada pelanggan baharu dan terhad 1 setiap orang.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsiaairasia ride
Najib

Najib

POPULAR

AirAsia Ride tawar perjalanan percuma sempena Hari Kebangsaan

AirAsia Ride tawar perjalanan percuma sempena Hari Kebangsaan

30 August 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER