• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terperdaya mata ganjaran percuma, pereka grafik rugi RM8,300

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:40 pm
  • 01/09/2021
  • Komen
Terperdaya mata ganjaran percuma, pereka grafik rugi RM8,300
Share on FacebookShare on Twitter

Akibat terperdaya dengan penawaran penebusan mata ganjaran, seorang pereka grafik mengalami kerugian bernilai RM8,300.

Pada 27 Ogos lalu, mangsa berusia 31 tahun itu pada mulanya, menerima panggilan telefon daripada seorang individu. Dia memperkenalkan diri sebagai wakil daripada sebuah syarikat penerbangan. Mangsa dimaklumkan bahawa terdapat mata ganjaran percuma atas nama mangsa dan ia boleh ditukarkan dengan wang tunai berjumlah RM750.



Bagi tujuan penebusan mata ganjaran tersebut, mangsa telah mendedahkan butir-butir maklumat kad debit dan kad kreditnya. Namun selepas itu, mangsa menerima makluman daripada pihak bank menyatakan terdapat beberapa transaksi berlaku, membabitkan akaun mangsa berjumlah RM8,300.

Akhirnya mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer (Capaian Tanpa Kuasa).



Ini mungkin merupakan satu teknik penipuan yang baru, memperdaya individu dengan wang ganjaran dan berlakon menjadi wakil dari mana-mana syarikat. Tetapi sasarannya sama, iaitu mendapatkan nombor di kad kredit dan kad debit yang boleh digunakan, untuk membuat bayaran dalam talian. Ingat, jangan dedahkan maklumat peribadi serta perbankan, terutama sekali nombor kad pengenalan, nombor kad kredit atau nombor TAC SMS, khususnya kepada individu yang ada tidak kenali.

Selain itu, anda juga disarankan untuk lawati portal Semak Mule, untuk memeriksa sama ada nombor telefon atau akaun bank tertentu digunakan dalam penipuan. Buat laporan kepada Pusat Tindakan Penipuan CCID di talian 03-26101559 dan 03-26101599 jika mengesan sebarang bentuk penipuan. Ketahui saluran lain untuk membuat laporan dan aduan berkaitan scam di sini.

[Sumber: Metro]

Tags: SCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Terperdaya mata ganjaran percuma, pereka grafik rugi RM8,300

Terperdaya mata ganjaran percuma, pereka grafik rugi RM8,300

1 September 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER