• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ciri premium penjejak lokasi Strava Beacon dibuka percuma untuk semua

  • OLEH Najib
  • 6:56 pm
  • 01/09/2021
  • Komen
Ciri premium penjejak lokasi Strava Beacon dibuka percuma untuk semua
Share on FacebookShare on Twitter

Strava adalah aplikasi media sosial untuk peminat aktiviti kecergasan, terutama larian dan berbasikal. Walaupun ia boleh digunakan percuma, Strava turut menyediakan fungsi premium dengan bayaran bulanan.

Kini Strava mengumumkan satu fungsi premium yang sebelum ini hanya diberikan kepada pengguna berbayar, akan dibuka untuk digunakan semua ahli Strava secara percuma. Ia adalah Strava Beacon, fungsi penjejak lokasi masa nyata yang boleh memaklumkan kenalan rapat jika berlaku musibah kepada pengguna.



Beacon sebenarnya boleh digunakan sebagai ciri keselamatan, mahupun untuk suka-suka. Ia membenarkan sehingga tiga orang kenalan menjejak laluan dan aktiviti pengguna Strava sehingga tamat.

Apabila diaktifkan dan pengguna mula bersukan, ia akan menghantar pautan melalui SMS kepada kenalan yang didaftarkan. Pautan ini boleh dibuka di pelayar dan akan menunjukkan lokasi pengguna dengan kemaskini setiap 15 saat. Ini serupa dengan penjejak Grabfood atau Foodpanda selepas penghantar keluar dari kedai.



Dengan adanya Beacon, ia boleh membantu pengguna jika tersesat di dalam hutan, atau berada dalam kesusahan ketika berseorangan. Atau, membolehkan rakan yang lain menjejak pengguna untuk menyertai aktiviti sukan bersama-sama di tengah jalan.

Tetapi ciri percuma Beacon ini hanya boleh digunakan di telefon pintar sahaja. Walaupun ia sebenarnya terdapat di dalam beberapa jam pintar seperti Apple Watch dan penjejak basikal Garmin, disebabkan ciri yang kompleks, Strava Beacon di peranti ini hanya disediakan untuk pengguna berbayar.

Beacon percuma untuk telefon, berbayar untuk peranti lain

Perkhidmatan percuma Beacon ini merupakan salah satu daripada perubahan besar-besaran yang diumumkan Strava beberapa minggu lepas. Antara pembaharuan tersebut adalah zon privasi, yang memberikan pengguna lebih kawalan untuk berkongsi ketepatan lokasi dan penjejak GPS, serta maklumat peribadi seperti denyutan nadi dan kelajuan mengikut pengguna.

[Sumber: The Verge]

Tags: stravaStrava Beacon
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Ciri premium penjejak lokasi Strava Beacon dibuka percuma untuk semua

Ciri premium penjejak lokasi Strava Beacon dibuka percuma untuk semua

1 September 2021
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER