• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vinfast e34: Kereta SUV elektrik pertama Vietnam diperkenal kepada umum

  • OLEH Najib
  • 11:57 am
  • 02/09/2021
  • Komen
Vinfast e34: Kereta SUV elektrik pertama Vietnam diperkenal kepada umum
Share on FacebookShare on Twitter

Vinfast adalah syarikat pengeluar kenderaan oleh kumpuulan Vingroup. Mereka kini mengumumkan ketibaan kereta elektrik baru mereka, Vinfast VF e34. Ia juga adalah kereta elektrik pertama dihasilkan di Vietnam.

Kereta elektrik ini dibuka tempahan awal pada bulan Mac lepas dan telah mengumpulkan 25,000 tempahan dalam masa 3 bulan sahaja. VF e34 adalah kereta SUV kompak dan paling kecil dalam barisan kereta elektrik yang diumumkan VinFast tahun ini.



Dengan ketinggian 1,613mm dan panjang 1,793mm, ia direka dengan rupa bulat di setiap sudut. Rekaan hadapannya serba moden dan menggunakan lampu LED sebagai lampu hadapan. Terdapat 8 warna doleh dipilih untuk kereta VF e34 ini.

Kecanggihan ruang dalaman diisi dengan paparan skrin sentuh sebagai konsol utama, yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay. Papan muka pemandu juga menggunakan skrin LCD sebagai paparan maklumat pemanduan.



VF e34 dikusakan enjin motor elektrik berkuasa 110kW, yang mendapat tenaga daripada bateri 42kWh. Enjin ini boleh menghasilkan tork 242Nm dengan jarak pemanduan sehingga 300km dalam sekali cas penuh. Vinfast memasang rim 18-inci untuk model ini.

Dengan setiapp pembelian kereta VF e34, pemilik akan turut menerima kemaskini perisian, diagnosis masalah dan amaran kenderaan, sokongan pelanggan jarak jauh dan panduan lokasi stesen mengecas.

Harga jualan Vinfast VF e34 di Vietnam adalah VND690 juta (~RM125,452) dan disertakan jaminan selama 10-tahun. Bagi mereka yang membuat tempahan awal sebelum 30 Jun, ada diskaun VND100 juta, menjadikan harganya cuma VND590 juta (~RM107,271) serta percuma langganan bateri selama 12 bulan.

Langganan bateri ini juga boleh dibeli berasingan pada harga USD62/bulan (~RM257). Ia berfungsi seperti jaminan di mana pek bateri VF e34 akan diganti jika kapasiti mengecas turun ke 70% dan perjalanan kurang dariada 1,400km.

Vinfast akan melancarkan model VF32 dan VF33 tahun hadapan dan ia akan turut dijual di Eropah, Australian, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat lanjut mengenai VF e34, layari laman produk di sini.

Pengumuman ini menunjukkan bahawa Vietnam lebih maju ke hadapan tentang kereta elektrik. Malaysia pernah mengumumkan mahu menjadi hab kenderaan serantau tetapi jenama tempatan seperti Proton dan Perodua, masih belum melancarkan sebarang kereta elektrik.

Kereta elektrik Geely Geometry A di China (Sumber)

Geely selaku syarikat induk Proton, memiliki beberapa model kereta elektrik, tetapi Geely menyatakan bahawa mereka masih belum berminat melancarkannya di sini kerana kurang insentif dan kerjasama kerajaan Malaysia. Perkara ini mungkin akan berubah tidak lama lagi, selepas MARii dan PEKEMA mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan 1,000 pusat mengecas DC di Malaysia menjelang tahun 2025.

[Sumber: Facebook, VNexpress]

Tags: EVVinfastVinfast VF e34
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Vinfast e34: Kereta SUV elektrik pertama Vietnam diperkenal kepada umum

Vinfast e34: Kereta SUV elektrik pertama Vietnam diperkenal kepada umum

2 September 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN