• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semua fail Google Drive kini boleh diakses tanpa Internet melalui komputer

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:28 pm
  • 03/09/2021
  • Komen
Semua fail Google Drive kini boleh diakses tanpa Internet melalui komputer
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Drive hanya membenarkan anda melihat dan melakukan suntingan pada Google Docs, Sheets, dan Slides apabila anda tiada sambungan internet. Kini mod offline Google Drive mula berfungsi untuk dokumen PDF, Microsoft Office serta gambar apabila ia dibuka melalui komputer.

Perkara ini sememangnya akan memudahkan individu merujuk fail tersebut, ketika berada di lokasi lemah atau tiada Internet seperti di dalam kenderaan. Keupayaan ini pernah dilancarkan dalam versi beta pada tahun 2019 dan kini fungsinya tersedia secara umum.



Sebagai persediaan untuk akses fail tersebut di luar talian, anda perlu muat turun aplikasi Google Drive di Mac atau Windows. Kemudian, buka Drive melalui pelayar web. Klik kanan pada fail yang anda mahu, kemudian pilih “Available Offline“. Jika anda perasan, sebelum ciri ini tersedia, fail PDF dan gambar, tidak ada pilihan Available Offline itu.

Setelah anda aktifkan mod offline, anda boleh akses fail tersebut tanpa Internet, tetapi ia perlu dibuka melalui aplikasi sesuai yang ada di komputer anda.



Ciri ini sudah mula dilancarkan dan ia akan tersedia sepenuhnya dalam beberapa minggu akan datang. Kebolehan ini bukan sahaja diluaskan untuk pelanggan Google Workspace, tetapi untuk akaun peribadi juga.

[Sumber: 9TO5Google]

Tags: Google Docs
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Semua fail Google Drive kini boleh diakses tanpa Internet melalui komputer

Semua fail Google Drive kini boleh diakses tanpa Internet melalui komputer

3 September 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN