• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jerman mahu pengeluar peranti sediakan kemaskini dan alat ganti selama 7 tahun

  • OLEH Najib
  • 5:14 pm
  • 07/09/2021
  • Komen
Jerman mahu pengeluar peranti sediakan kemaskini dan alat ganti selama 7 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Jerman telah menghantar cadangan kepada Kesatuan Eropah (EU), untuk memastikan pengeluar telefon pintar termasuk Apple, menyediakan kemaskini keselamatan dan alat ganti, selama tujuh tahun. Ini untuk memastikan peralatan yang banyak digunakan ini, lebih mesra alam sekitar.

EU sedang merangka untuk mewajibkan pengeluar peranti menyediakan alat ganti dan sokongan perisian selama lima tahun. Tetapi kerajaan Jerman membincangkan perkara ini dengan EU, untuk memanjangkan ia kepada tujuh tahun.



Selain jangka masa yang lebih panjang, Jerman juga mahukan alat ganti disediakan pada harga yang munasabah oleh pengeluar. Ini termasuk menyenaraikan harga alat ganti kepada umum dan tidak menaikkan harganya.

EU juga merancang untuk memastikan bahawa alat ganti yang ditempah, tiba dalam masa 5 hari bekerja tetapi Jerman mahukannya dihantar lebih cepat.



Di samping itu, Jerman menyokong usaha EU untuk memperkenal label tenaga dan indeks baikpulih, untuk menunjukkan bahawa betapa mudah tahap membaiki peranti yang boleh dilakukan sendiri oleh pengguna.

Sudah pasti perkara ini tidak disenangi oleh pengeluar. Apple, Google dan Samsung, meminta untuk kewajipan ini dikurangkan kepada tiga tahun kemaskini keselamatan dan dua tahun kemaskini fungsi. Mereka menyatakan bahawa ada perkakas seperti bateri dan skrin lebih cepat rosak, berbanding komponen seperti kamera dan mikrofon.

EU dijangka mahu memperkenal peraturan ini pada tahun 2021. Ini adalah kesinambungan kepada resolusi oleh Parlimen Eropah, yang menyokong usul ‘Hak Untuk Membaiki‘ pada November 2020.

Di Sepanyol, pada April 2021, menterinya telah meluluskan peraturan perlindungan pengguna kebangsaan, di mana syarikat wajib menjual produk dengan jaminan selama tiga tahun. Alat ganti pula disediakan selama 5 ke 10 tahun.

[Sumber: Apple Insider]
[Gambar: Pexels]

Tags: EUJerman
Najib

Najib

POPULAR

Jerman mahu pengeluar peranti sediakan kemaskini dan alat ganti selama 7 tahun

Jerman mahu pengeluar peranti sediakan kemaskini dan alat ganti selama 7 tahun

7 September 2021
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN