• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Popcat, permainan santai dalam talian antara carian popular Google Ogos 2021

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:11 pm
  • 07/09/2021
  • Komen
Popcat, permainan santai dalam talian antara carian popular Google Ogos 2021
Share on FacebookShare on Twitter

31 hari di bulan Ogos telah selesai berlalu, sepanjang bulan tersebut ada dua hari peristiwa dilalui di Malaysia iaitu Tahun Baru dalam kalendar Islam dan Hari Kebangsaan. Kedua-duanya mendapat tempat dalam carian popular Google untuk Ogos. Carian dilakukan mungkin kerana individu mahu bersedia menyambut dua hari bermakna itu.

Selain itu, carian berkaitan sukan Paralimpik 2020 juga turut tersenarai. Tentu ramai individu ingin mengetahui tentang perkembangan atlet Malaysia, serta jumlah pingat yang berjaya dikumpul.



Menariknya dalam carian kali ini, permainan dalam talian popcat dan popdog dijejaki ramai. Mungkin peminat kucing dan anjing menyukainya kerana dua ekor haiwan ini kelihatan comel apabila diklik pada mukanya. Nampak biasa, tetapi permainan ini masih disertai ramai. Boleh juga dikatakan, mungkin rakyat Malaysia sudah bosan duduk di rumah sehingga tertarik untuk cuba permainan ini.

Berikut merupakan senarai terperinci 10 carian paling popular Google di Malaysia untuk Ogos 2021.



1. Popcat / Popdog

Permainan dalam talian, Popcat dan Popdog memaparkan gambar seekor anjing dan kucing. Pemain akan dikelaskan mengikut Negera. Anda hanya perlu kumpul point berdasarkan klik yang dilakukan pada gambar kucing atau anjing. Setiap klik akan menghasilkan bunyi ‘pop’. Pemain boleh bersaing dengan Negara lain secara siaran langsung dan lihat kedudukan Negara pada carta yang disediakan.

Permainan ini tidaklah mencabar, ia santai dan anda boleh cubanya untuk isi masa lapang.

2. India vs England / Bangladesh vs Australia / Ind vs Eng / England vs India

Carian ini melibatkan sukan kriket, India Tour of England. Dalam pertandingan itu, Bangladesh telah bersaing dengan Australia dan kemenangan jatuh kepada Australia dengan 3 wiket. Pertandingan ini berlangsung dari 4 Ogos sehingga 14 September 2021.

Walaupun bukan sukan popular di Malaysia, mungkin ia mendapat perhatian kerana peminat mahu melihat kejayaan yang sama, seperti kemenangan pasukan kriket India semasa pertandingan Piala Dunia Kriket ICC (ICC Cricket World Cup) 2011. Mereka memenanginya pada tahun itu, sekaligus menjadi negara pertama yang memenangi pusingan akhir Piala Dunia Kriket di tanah air sendiri.

3. Doa Akhir Tahun / Doa Awal Tahun / Awal Muharram 2021

1 Muharram tahun 1443 Hijrah jatuh pada 10 Ogos 2021. Ia menandakan bermulanya tahun baru di dalam kalendar Islam dan telah disambut oleh seluruh umat Islam di serata dunia. Sebagai persediaan menyambut tahun baru ini, individu digalakkan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun.

4. Paralympics / Paralympics 2020

Masyarakat pastinya mengikuti perkembangan prestasi atlet kegemaran mereka, dalam acara sukan Paralimpik 2020 di Tokyo menerusi carian ini. Ada 23 sukan dipertandingkan, antaranya ialah memanah, berenang, Taekwondo dan badminton. Untuk pertandingan kali ini, Malaysia berjaya merangkul 3 pingat emas iaitu dalam sukan Badminton, PowerLifting (angkat berat) dan Olahraga lompat jauh.

  • Cheah Liek Hou, atlet Badminton Malaysia. Sumber
  • Bonnie Bunyau Gustin, atlet angkat berat Malaysia. Sumber
  • Abdul Latif Romly, atlet lompat jauh Malaysia. Sumber

5. Arsenal vs Chelsea / Liverpool vs Chelsea / EPL Result / EPL Fixtures

Peminat bola sepak terus mengikuti perlawanan Liga Perdana Inggeris (Premier League). Perlawanan di antara Chelsea menentang Arsenal dan Liverpool merupakan perlawanan teratas yang dicari. Chelsea terikat 1-1 dengan Liverpool tetapi berjaya mengalahkan Arsenal 2-0.

6. Fantasy Premier League

Bermulanya Liga Perdana Inggeris (EPL) maka Liga Fantasi kembali menjadi carian ramai. Fantasy Premier League ialah Liga Bola Sepak Fantasi terbesar di dunia, dengan lebih daripada 8 juta pemain. Melaluinya, anda boleh bermain secara percuma menentang rakan dan pesaing dari seluruh dunia. Pertandingan yang lepas bermula pada 13 Ogos 2021.

7. Afghanistan

Masyarakat tertarik mengikuti perkembangan Afghanistan kerana Taliban mula mengambil alih negara itu. Pada pertengahan bulan lalu, tular satu video penduduk di sana memenuhi lapangan terbang untuk menyelamatkan diri. Ada antara mereka yang berpaut pada luar kapal terbang dalam keadaan yang berbahaya sehingga terjatuh apabila kapal terbang berlepas.

8. Azizulhasni Awang

Dato’ Muhammad Azizulhasni bin Awang adalah pelumba basikal profesional Malaysia. Beliau yang juga dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ telah memperoleh pingat Perak di sukan Olimpik Tokyo 2020.

@soyacincautiktok

Thank you for giving it your all Dato Azizul! Malaysia’s first Olympic silver medal in cycling ❤️ ##fypシ ##xyzbca ##foryou ##SokongMalaysia ##OlympicSpirit

♬ double take – dhruv

9. Bendera Malaysia

Menjelang sambutan hari kebangsan ke-64 pada 31 Ogos, ramai rakyat Malaysia membuat carian tentang bendera Malaysia. Carian itu akan membawa pengguna menemui gambar serta fakta mengenai Jalur Gemilang.

Sumber

10. Pos Malaysia

Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada mengumumkan, tiada lagi lanjutan penangguhan pembaharuan lesen kenderaan dan cukai jalan. Hal ini menimbulkan kegusaran kepada sebahagian pemilik kenderaan dan pasti mereka mencari cara melakukan pembaharuan tersebut.

Oleh kerana cawangan JPJ masih ada yang ditutup, salah satu pilihan lain ialah di pos Malaysia. Tetapi ia hanya menerima janji temu. Jadi, sudah pasti ramai yang mencari maklumat tentang pos Malaysia dan cara mendapatkan janji temu di situ .

Namun, pada awal bulan September, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan tempoh moratorium pembaharuan lesen kenderaan dan cukai jalan dilanjutkan lagi hingga 31 Disember.

Tags: Google
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Popcat, permainan santai dalam talian antara carian popular Google Ogos 2021

Popcat, permainan santai dalam talian antara carian popular Google Ogos 2021

7 September 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER