• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ConnectMe perluas servis kepada lebih 300,000 pengguna sebelum 2022

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:22 pm
  • 10/09/2021
  • Komen
ConnectMe perluas servis kepada lebih 300,000 pengguna sebelum 2022
Share on FacebookShare on Twitter

MEASAT mengumumkan mereka akan memperluas cakupan servis jalur lebar Internet satelit, ConnectMe, kepada lebih 300 ribu pengguna di lebih 3,000 lokasi sebelum 2021 berakhir. Untuk maklumat anda, ConnectMe ialah servis Internet yang memanfaatkan sambungan satelit dan sesuai digunakan di kawasan pedalaman, lokasi yang infrastruktur seperti 4G ataupun kabel fiber optic sukar diakses.

Ia rentetan daripada pencapaian tahun 2020 mereka apabila sebanyak 1,000 tapak telahpun dipasang dengan ConnectMe dan tahun ini mereka mempertinggkat sebanyak 2,000 lagi tapak untuk jadikan 3,000 keseluruhannya. Menurut penyedia perkhidmatan, dianggarkan 5% populasi di Malaysia masih tidak ada capaian Internet apatah lagi sambungan yang pantas. Demografi inilah yang ingin diteroka oleh ConnectMe.



Sekiranya mereka mengenal pasti ada kawasan yang tiada capaian Internet tapi penduduknya melebihi 100 orang, mereka boleh memasang satu hub di sana tanpa bayaran pendahuluan ataupun kontrak. Penduduk cuma perlu beli data yang diperlukan dalam bentuk prabayar dan terus gunakannya.

Selain menyediakan akses Internet kepada penduduk setempat, peluang perniagaan juga diwujudkan. Hub yang diwujudkan tadi akan diselenggara oleh wakil penduduk tempatan yang juga akan menjadi wakil penjual produk prabayar yang disebutkan tadi.



Bekalan kuasa bukanlah satu masalah kepada hub ConnectMe kerana mereka dikuasakan menggunakan tenaga solar dan capaian Internet ke sekitar ditawarkan dalam bentuk Wi-Fi dan boleh mencakupi Kawasan 100 meter radius bergantung kepada perkakasan yang digunakan.

MEASAT-3d terjah angkasa dalam tahun 2022

ConnectMe bakal mempertingkat kualiti capaian mereka dalaun tahun 2022 nanti. Sekarang, kelajuan Internet yang ditawarkan mereka ialah 30Mbps (turun) dan 5Mbps (naik). Namun, apabila satelit baharu MEASAT-3d mula beroperasi dalam tahun 2022 nanti, ia boleh dipertingkat sehingga 100mbps.

MEASAT-3d adalah satelit baharu yang ditempat daripada Airbus dairpada model Eurostar E3000. Ia miliki antenna yang mampu menampung jalur data lebih luas, sehingga 30 Gbps.

Tags: Connectmeconnectme broadbandconnectmed malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

ConnectMe perluas servis kepada lebih 300,000 pengguna sebelum 2022

ConnectMe perluas servis kepada lebih 300,000 pengguna sebelum 2022

10 September 2021
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN