• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kotak Tanda Soal Super Mario ini ada 4 set mini permainan Lego tersembunyi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:32 pm
  • 10/09/2021
  • Komen
Kotak Tanda Soal Super Mario ini ada 4 set mini permainan Lego tersembunyi
Share on FacebookShare on Twitter

Lego perkenalkan set baru Super Mario iaitu, Super Mario 64 Question Mark Block. Lihat dari luar, ia hanya kelihatan seperti bongkah (block) yang padat dan misteri, kerana ada corak tanda soal berwarna putih bersaiz besar daripada bata lego. Tetapi apabila block ini di buka, akan keluar dari dalamnya 4 set Mario mini, masing-masing direka mengikut tahap dalam permainan Super Mario 64.

Di bahagian atas merupakan set mini pada tahap permainan Peach’s Castle, Bob-omb Battlefield, Cool, Cool Mountain dan di bawah pula tahap Lethal Lava Trouble. Blok ini berukuran 18cm tinggi.



Setiap satu set Super Mario 64 Question Mark Block akan didatangkan sekali dengan 10 karakter popular dalam permainan Mario seperti, Mario, Yoshi, Princess Peach, King Bob-omb, Chain Chomp, Big Bully, Mr. I, Lakitu, penguin dan penguin kecil.

Ada 2064 kepingan bata Lego untuk set ini. Anda juga boleh gabungkannya dengan set permulaan Lego Mario dan Lego Luigi untuk jadikan permainan lebih hebat.



Ia akan berada di pasaran bermula 1 Oktober 2021 dengan harga USD169.99 bersamaan sekitar RM704.01. Anda boleh dapatkan set ini untuk jadikannya sebagai hadiah buat peminat Super Mario. Secara tidak langsung, ia juga dapat kembalikan nostalgia individu yang pernah bermain permainan video Super Mario 64 .

[Sumber: Brickfinder]

Tags: lego
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kotak Tanda Soal Super Mario ini ada 4 set mini permainan Lego tersembunyi

Kotak Tanda Soal Super Mario ini ada 4 set mini permainan Lego tersembunyi

10 September 2021
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN