• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Xiaomi 11T berkongsi kamera Cinematic dengan kuasa Snapdragon 888 dan Dimensity 1200 Ultra

  • OLEH Najib
  • 10:05 pm
  • 15/09/2021
  • Komen
Siri Xiaomi 11T berkongsi kamera Cinematic dengan kuasa Snapdragon 888 dan Dimensity 1200 Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Sekian lama dinantikan, Xiaomi hari ini melancarkan siri Xiaomi 11T. Ia menawarkan prestasi kelas flagship pada harga yang lebih mampu dimiliki daripada model pesaing dengan spesifikasi yang sama.

Bagaimanapun, siri Xiaomi 11T kali ini tampil ia berbeza. Terdapat dua model dalam siri ini, Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T. Jika Mi 10T dan Mi 10T Pro dahulu menggunakan kuasa Snapdragon 865 yang sama, lain ceritanya dengan Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T pro.



Xiaomi mempromosikan siri Xiaomi 11T sebagai peranti Cinematic kerana memiliki prestasi kamera, skrin dan sistem bunyi yang sama.

Xiaomi 11T Pro

Tarikan utama sudah pastinya di Xiaomi 11T Pro. Ia dilengkapi kuasa Snapdragon 888, bersama RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Tambahan storan melalui kad mikroSD tidak diterima.



Skrin Xiaomi 11T Pro kini daripada jenis AMOLED, berukuran 6.67-inci HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Mungkin ini berkurang berbanding Mi 10T Pro dengan skrin 144Hz, tetapi naik taraf dari LCD kepada AMOLED.

Skrin ini memiliki kadar penyegaran adaptif, boleh berubah mengikut keperluan untuk penjimatan tenaga. Kadar sentuhannya tinggi, sehingga 480Hz. Kecerahan pula mencecah 800nits, menyokong format HDR10+.

Kaca Corning Gorilla Victus, kaca paling tahan lasak keluaran Corning menjadi lapisan luar skrin. Tetapi ada satu perkara agak pelik. Pengimbas capjari tidak terletak di dalam skrin, tetapi di butang kuasa di sisi.

Gandingan Cinematic diteruskan dengan sistem bunyi stereo dwi speaker yang menembak ke tepi. Ia dikuasakan oleh Harman Kardon dan menyokong teknologi audio Dolby atmos.

Pelengkap kepada gerakan Cinematic ini adalah tiga kamera belakang padanya. Ia adalah kamera utama 108MP F1.75 berkeupayaan rakaman video 8K. Pasangannya adalah kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera telemakro 5MP F2.4 dengan autofokus 3-7cm dari subjek.

Kamera hadapan terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin, menggunakan sensor 16MP.

Dengan Xiaomi 11T Pro, Xiaomi mencatat sejarah dengan memperkenal pengecasan pantas Xiaomi HyperCharge 120W. Ia boleh mengecas penuh bateri dwi-sel 5,000mAh di dalamnya, dalam masa 17 minit sahaja. Lebih penting lagi, kepala pengecas 120W disertakan di dalam kotak. Teknologi pengecas 120W ini dijamin selamat dengan pengiktirafan TÜV Rheinland Safe Fast-Charge System.

Xiaomi 11T

Meringkaskan cerita, Xiaomi 11T memiliki sistem Cinematic yang sama dengan versi Pro. Skrinnya 6.67-inci AMOLED 120Hz HD Penuh, bersama sistem bunyi stereo menembak ke tepi, serta sistem tiga kamera di belakang menggabungkan kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera telemakro 5MP.

Perbezaan pada Xiaomi 11T adalah kuasa penggeraknya. Telefon ini menggunakan cip Mediatek Dimensity 1200 Ultra, diperbuat dari proses 6nm dengan kelajuan sehingga 3.0GHz. Ia dipersembahkan bersama RAM 8GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB.

Kapasti bateri di dalamnya juga sama, seluas 5,000mAh tetapi ia menyokong teknologi pengecasan 67W. Kepala pengecas 67W tersedia di dalam kotak.

Harga jualan

Dalam pelancaran ini, Xiaomi mengumumkan harga jualan siri Xiaomi 11T untuk pasaran Eropah. Xiaomi turut memberikan jaminan selama 2 tahun bersama jaminan keretakan skrin selama 6-bulan.

Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T didatangkan dalam tiga pilihan warna: hitam, putih dan biru.

Harga siri Xiaomi 11T di Eropah adalah seperti berikut:

  • Xiaomi 11T (RAM 8GB + Storan 128GB) – EUR 499
  • Xiaomi 11T (RAM 8GB + Storan 128GB) – EUR 549
  • Xiaomi 11T Pro (RAM 8GB + Storan 128GB) – EUR 649
  • Xiaomi 11T Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – EUR 699
  • Xiaomi 11T Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – EUR 749

Anggaran harga jualan Malaysia

Harga untuk Xiaomi 11T adalah lebih murah EUR50 berbanding harga pelancaran Mi 10T. Tetapi harga Xiaomi 11T Pro lebih mahal EUR50 berbanding Mi 10T Pro. Dari sini, kita boleh timbulkan hipotesis untuk harga jualan di Malaysia.

Pelancaran siri Mi 10T di Malaysia tahun lepas, mengumumkan harga Mi 10T (8+128) pada RM1,699 dan Mi 10T Pro (8+256GB) pada RM1,999. Bagi siri Xiaomi 11T, jika menurut pertukaran kadar matawang yang sama, kita boleh simpulkan harganya di Malaysia adalah:

  • Xiaomi 11T (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,499
  • Xiaomi 11T Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,199

Adakah jangkaan ini tepat? Kita nantikan pengumuman rasmi dari Xiaomi Malaysia tidak lama lagi.

Tags: xiaomiXiaomi 11TXiaomi 11T Pro
Najib

Najib

POPULAR

Siri Xiaomi 11T berkongsi kamera Cinematic dengan kuasa Snapdragon 888 dan Dimensity 1200 Ultra

Siri Xiaomi 11T berkongsi kamera Cinematic dengan kuasa Snapdragon 888 dan Dimensity 1200 Ultra

15 September 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER