• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penyalahgunaan & salah faham tentang fungsi alat penyembur nano

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:19 pm
  • 23/09/2021
  • Komen
Penyalahgunaan & salah faham tentang fungsi alat penyembur nano
Share on FacebookShare on Twitter

Nano mist spray (alat penyembur nano) mula mendapat perhatian umum setelah ramai yang menggunakannya sebagai alat pembasmi kuman, bagi mengekang penularan Covid-19. Namun begitu, ada penyalahgunaan dan salah faham timbul tentang fungsi nano mist spray ini.

Jika anda pernah menggunakan larutan pembasmi kuman pada nano mist spray secara langsung kepada manusia, ketahuilah bahawa ianya tidak sesuai. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sesetengah larutan boleh menyebabkan kerengsaan pada mata, kulit, saluran pernafasan dan sistem pencernaan.



Ramai beranggapan penggunaan alat ini berupaya menghapuskan virus di udara (airborne) dan juga di permukaan. Namun sebenarnya, keberkesanan penggunaan nano mist spray untuk membasmi kuman bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan membasmi kuman yang digunakan, serta tempoh masa pendedahan.

Tetapi, penyemburan membasmi kuman melalui nano mist tidak berupaya menggantikan keperluan membasmi kuman di permukaan secara manual.



Pada masa ini, beberapa larutan pembasmi kuman sedia ada seperti larutan yang mengandungi alkohol 70 peratus hingga 90 peratus, hydrogen peroxide, thymol, quaternary ammonia dan juga larutan berasaskan klorin, adalah berkesan bagi membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan.

https://www.youtube.com/watch?v=B08g1tcT4Aw

Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai senarai larutan pembasmi kuman yang berkesan untuk SARS-CoV-2 melalui laman sesawang US Environmental Protection Agency . Laman web ini menjadi rujukan diseluruh dunia.

[Sumber: MStar, KPKesihatan]

[Sumber gambar: TheSunDaily]

Tags: COVID-19Nano Mist
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Penyalahgunaan & salah faham tentang fungsi alat penyembur nano

Penyalahgunaan & salah faham tentang fungsi alat penyembur nano

23 September 2021
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN