• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Fungsi carian Gmail di Android dinaik taraf, lebih spesifik & mudah mencari emel lama

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:38 am
  • 24/09/2021
  • Komen
Fungsi carian Gmail di Android dinaik taraf, lebih spesifik & mudah mencari emel lama
Share on FacebookShare on Twitter

Gmail melakukan kemaskini untuk fungsi penapisan carian di Android. Dengannya, anda boleh mencari dan menjumpai perkara yang diingini melalui semua e-mel yang anda ada dengan lebih mudah dan cepat.

Sebelum ini, apabila anda mencari sesuatu perkataan di Gmail, anda akan dipaparkan dengan senarai semua e-mel yang mengandungi perkataan itu. Contohnya, apabila anda ingin cari e-mel tentang Shopee, maka semua e-mel yang ada perkataan Shopee akan disenaraikan. Tetapi jika anda ingin cari e-mel dengan perkataan Shopee pada tarikh dan dari penghantar tertentu, anda perlu scroll satu per satu dan sudah tentu perkara ini memakan masa.



Dalam kemaskini baru, anda boleh melakukan carian dengan lebih terperinci. Selepas anda meletakkan kata kunci di ruang ‘search in mail‘, ada butang pilihan berbentuk pill disediakan untuk membantu anda mencari e-mel berkaitan dengan lebih cepat. Di situ, anda boleh spesifikkan carian dengan meletakkan nama pengirim (from), nama penerima (sent to), tarikh (date) atau status lampiran (attachment). Perkara ini tentunya akan lebih membantu jika anda tidak ingat istilah lain di dalam sesebuah e-mel itu.

Keupayaan ini sudah dilancarkan di aplikasi Gmail untuk pengguna Android dan ia boleh digunakan oleh semua pengguna pada akhir Oktober. Ciri ini tersedia untuk semua pelanggan Google Workspace, serta pelanggan G Suite Basic dan Business.



Jika anda rasa biasa dengan ciri ini, mungkin kerana anda pernah menggunakannya melalui Gmail dikomputer. Untuk pengguna iPhone, anda perlu menunggu sedikit masa untuk mendapat kebolehan yang sama seperti ini.

[Sumber: Malaymail, 9TO5Google]

Tags: androidGmail
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

[ KEMASKINI ] Pengguna Maxis dan Hotlink mengadu tiada internet

[ KEMASKINI ] Pengguna Maxis dan Hotlink mengadu tiada internet

30 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Fungsi carian Gmail di Android dinaik taraf, lebih spesifik & mudah mencari emel lama

Fungsi carian Gmail di Android dinaik taraf, lebih spesifik & mudah mencari emel lama

24 September 2021
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER