• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Technics lancar 2 earbuds premium, AZ60 dan AZ40, untuk Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:20 pm
  • 29/09/2021
  • Komen
Technics lancar 2 earbuds premium, AZ60 dan AZ40, untuk Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Technics ialah jenama dibawah payung Panasonic yang mengkhususkan pada produk audio premium seperti produk hi-fi, turntable, dan sebagainya. Pada hari ini, mereka memasuki pasaran Malaysia secara rasmi bersama-sama dua produk TWS dalam kategori premium.

Dua produk TWS Technics yang diperkenalkan untuk kita ialah EAH-AZ60 dan EAH AZ40. Tempahan untuk milikinya dimulakan pada 30 September 2021 hingga 15 Oktober 2021 pada harga seperti berikut:



  • EAH-AZ60 (RM1,049)
  • EAH-AZ40 (RM649)

Kedua-duanya boleh didapati secara dalam talian menerusi gedung rasmi Panasonic di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi EAH-AZ60 & EAH-AZ40

Tatacara penamaanya agak generik, sama seperti Sony. Untuk saya yang kurang mahir dengan industry produk audio, saya tak rasakan yang ia satu produk berharga premium. Tapi sama seperti beberapa TWS dan headfon Sony yang premium, saya perasan yang ia ada cap Made in Malaysia.



  • EAH-AZ60
  • EAH-AZ40

EAH-AZ60 adalah produk berspesifikasi lebih tinggi berbanding AZ40 walaupun daripada luar rupanya sama sahaja. Pada setiap unit earbud tersemat pemacu audio 8mm dengan julat kedinamikan luas. Kelebihan AZ60 berbanding AZ40 ialah ia dilengkapi 8 mikrofon untuk menjadi tunjang belakang kepada penyaring hingar aktif yang dimilikinya.

Bukan sahaja bertindak sebagai penyaring hingar aktif, Technics juga mengetengahkan teknologi JustMyVoice yang katanya boleh menjadikan perbualan suara jadi lebih jelas. Kalau anda nak bawanya bersukan, ia kalis air pada paran IPX4.

Dengan satu bateri penuh, ia diiklankan boleh beroperasi selama sehingga 7.5 jam (7.0 jam dengan ANC) ataupun lebih sehari dengan bantuan bateri yang terkandung pada bekas penyimpanan.

Lain-lain spesifikasinya adalah sama seperti kebanyakan produk TWS di luar sana seperti penggunaan Bluetooth 5.2 dengan kodek SBC, AAC, LDAC.

AZ40 miliki rupa yang serupa denga AZ60 cumanya ia tidak dilengkapi penyaring hingar aktif dan pemacu audionya sedikti kecil pada 6mm. Selain itu, TWS ini tidak menyokong decoder LDAC daripada Sony. Walaupun tiada ANC, AZ40 tetap menyokong teknologi JustMyVoice seperti AZ60.

Hayat bateri AZ40 hampir serupa dengan AZ60 bila ANC tidak dihidupkan. Anda beroleh waktu guna sekitar 7.5 jam ataupun lebih 24 jam dengan bantuan bekas penyimpanannya.

Anda boleh layari laman rasmi EAH-AZ60 dan EAH-AZ40 untuk maklumat lanjut.

Tags: audioearbudspanasonicpanasonic eah-az40panasonic eah-az60tws
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Technics lancar 2 earbuds premium, AZ60 dan AZ40, untuk Malaysia

Technics lancar 2 earbuds premium, AZ60 dan AZ40, untuk Malaysia

29 September 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER