• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Whistleblower ini dedah betapa busuknya Facebook dari dalam

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:42 am
  • 04/10/2021
  • Komen
Whistleblower ini dedah betapa busuknya Facebook dari dalam
Share on FacebookShare on Twitter

Frances Haugen menggegarkan dunia media sosial terutamanya Facebook apabila tampil dalam rancangan “The 60 Minutes Interview” untuk ditemuramah tentang isu Facebook mengeksploitasi emosi pengguna dengan cara yang tidak elok.

Menurut Haugen, Facebook acap kali meletakkan kepentingan syarikat dihadapan kepentingan sosial apabila berdepan dengan konflik.



Semuanya menjadi lebih nyata daripada perubahan algoritma yang mereka implementasikan dalam tahun 2018. Algoritma itulah yang menentukan kandungan apakah yang dihidangkan kepada pengguna terutamanya di News Feed. Matlamat utamanya ialah untuk memaparkan kandungan yang paling akan mendapat perhatian pengguna.

Facebook mendapati yang kandungan menghasut dan berita palsu paling mendapat klik, maka disitulah konflik yang dimaksudkan Haugen tercetus. Objektif paling utama adalah memastikan pengguna kekal di laman Facebook untuk lebih banyak iklan boleh dihidangkan kepada pengguna.



Haugen menyertai Facebook dalam tahun 2019, setahun sebelum Pilihan Raya Presiden 2020 Amerika Syarikat. Dia ditugaskan di unit Sivic Integriti yang meliputi kerja-kerja memerangi berita palsu. Namun, selepas pilihan raya tamat, Facebook membubarkan unitnya.

Pendedahan Haugen ini bukanlah cakap-cakap kosong. Keberanian menentang entiti bernilai trillion dolar ini bertunjangkan beribu-ribu salinan digital dokumen yang diseludup keluar dan telahpun didedahkan lebih awal kepada WSJ sebelum dia bersetuju untuk mendedahkan identitinya.

Haugen dijangka akan memberikan keterangan di hadapan barisan Senat pada 5 Oktober 2021.

Sumber: TheVerge, Gambar Pemuka

Tags: Facebookwhistleblower
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Whistleblower ini dedah betapa busuknya Facebook dari dalam

Whistleblower ini dedah betapa busuknya Facebook dari dalam

4 October 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN