• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Acer Swift X dengan siri Ryzen 5000 dijual pada harga bermula RM4,299

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:37 pm
  • 05/10/2021
  • Komen
Acer Swift X dengan siri Ryzen 5000 dijual pada harga bermula RM4,299

Asian man traveler photographer are taking photo and use laptop at beautiful forest. Travel photography, blogger, vlogger, camping, work aboard, adventure lifestyle, hipster, tourism concept. ; Shutterstock ID 1690123849; Purchase Order: -

Share on FacebookShare on Twitter

Acer Swift X ialah barisan ultrabook yang menggabungkan portabiliti tanpa korbankan prestasi. Kini, anda boleh dapatkan produk ini dalam spesifikasi yang lebih segar dalam pasaran Malaysia kerana Acer mengumumkan yang Swift X kini dilengkapi sama ada AMD Ryzen 7 5800U ataupun Ryzen 5 5600U.

Harga kedua-dua varian ini adalah seperti berikut:



  • Acer Swift X Ryzen 5 5600U – RM4,299
  • Acer Swift X Ryzen 7 5800U – RM4,999

Acer menjalankan satu promo PWP antara 6 Oktober hingga 20 Oktober 2021 bila anda dapatkan mana-mana varian Swift X AMD ini. Anda boleh dapatkan seunit Logitech MX Anywhere 3 pada harga RM199 (harga asal RM399).

Anda boleh dapatkanya melalui laman rasmi Acer ataupun gedung rasmi Acer di Shopee.



Melihat pada spesifikasi teknikal, laptop ini saya rasakan ditujukan pada pembangun kandungan ataupun yang perlukan lebih kuasa pemprosesan dalam kerja-kerja 3D mereka. Acer memberikan GPU RTX 3050 Ti untuk menampung tugasan itu.

Lebih menarik, semua komponen ini dipadatkan dalam pakej 1.39kg sahaja.

Beza antara kedua varian selain CPU ialah kapasiti RAM. Yang diperkasa RYzen 5 cuma diberkan RAM 8GB manakala Ryzen 7 diberikan 16GB. Saya rasakan yang kapasiti 8GB tidak sesuai kerana tiada pilihan untuk menaik taraf sekiranya pengguna pergi kepada varian Ryzen 5.

Untuk paparan, pengguna diberikan panel IPS sebesar 14” pada resolusi FHD+. Storannya agak besar pada 512GB menggunakan storan NVMe SSD.

Port I/O yang boleh digunakan pada laptop ini ialah 1 HDMI, 2 USB-A 3.2 Gen 1, 1 USB-C dan 1 jek audio 3.5mm. Webcam 720p juga hadir untuk kemudahan sidang video.

Tags: Aceracer swift xacer swift x amd
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Acer Swift X dengan siri Ryzen 5000 dijual pada harga bermula RM4,299

Acer Swift X dengan siri Ryzen 5000 dijual pada harga bermula RM4,299

5 October 2021
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN