• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy S21 FE dibatalkan, Pelan Hotlink kelajuan 18Mbps & Data dari JPN bocor | SBM #38

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:47 pm
  • 06/10/2021
  • Komen
Galaxy S21 FE dibatalkan, Pelan Hotlink kelajuan 18Mbps & Data dari JPN bocor | SBM #38
Share on FacebookShare on Twitter

Antara isu yang dikongsikan dalam video minggu ini, kenapa Samsung nak batal hasilkan Galaxy S21 FE? Pelan Hotlink tanpa had kini ada kelajuan lebih tinggi? Kebocoran data dari JPN, apa tindakan PDRM? Dan banyak lagi berita lain yang akan diketengahkan.

1. Google perkenal 2 cara mudah kawal peranti guna gerakan wajah, sesuai untuk OKU

Google perkenalkan dua ciri baru yang memudahkan pengguna mengendalikan telefon dan berkomunikasi menggunakan isyarat wajah, sesuai untuk golongan OKU. Pertama ialah Camera Switches, ia ada dalam tetapan Android. Kedua ialah aplikasi Android dikenali sebagai Project Activate.



Berita penuh di sini.

2. Polis akan siasat dakwaan kebocoran data dari JPN

Ada satu entri di sebuah forum menjual data peribadi rakyat Malaysia. Ia diperolehi  melalui API myIDENTITY Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Di dalamnya terkandung hampir 4 juta data rakyat Malaysia yang lahir antara 1979 hingga 1998. Polis Di Raja Malaysia telah membuka kertas siasatan terhadap perkara tersebut.



Berita lanjut di bawah:

  1. Pengkalan data JPN didakwa bocor, 4 juta data rakyat didagangkan dalam talian
  2. Polis akan siasat dakwaan kebocoran data dari JPN, LHDN tolak jadi punca

3. Samsung mahu batal hasilkan Galaxy S21 FE kerana Galaxy Z Flip 3

Berita terbaru menyatakan, Samsung mahu berhenti terus dari menghasilkan Galaxy S21 FE. Akibat bekalan cip semikonduktor yang terhad di pasaran serta sambutan Galaxy Z Flip 3 yang sangat menggalakkan, Samsung mahu fokus menjual Galaxy Z Flip 3. 

Berita penuh di sini.

4. Pelan Hotlink tanpa had kini ada kelajuan 18Mbps

Hotlink kenalkan satu lagi pelan baharu dalam barisan tawaran prabayar tanpa had mereka yang menyediakan sekatan kelajuan pada 18mbps. Pelan ini berharga RM60/bulan dengan sekatan FUP masih kekal sama.

Maklumat lanjut di sini.

5. Galaxy M22 tiba dengan diskaun RM120 sempena Shopee 10.10

Samsung Malaysia mengumumkan kedatangan telefon pintar Galaxy M22, ia hanya dijual dalam talian. Harga rasmi Galaxy M22 dengan RAM 6GB dan storan 128GB ialah RM899. Sempena kempen 10.10 Shopee, ia dijual dengan harga RM779 sahaja.

Spesifikasi telefon di sini.

6. Jutaan peranti & komputer lama akan terputus internet selepas 30 September, ini cara atasinya

Sijil keselamatan yang dikeluarkan Let’s Encrypt akan tamat tempoh sahnya pada 30 September dan ia mungkin mengganggu internet sedunia. Antara yang terkesan daripada masalah ini ialah Windows XP SP2, macOS 10.12 Sierra,  iPhone 5 ke atas dengan iOS 9 dan Playstation 4 versi 8.00.

Cara atasinya di sini.

7. Segera kemaskini iPhone dan iPad lama ke iOS 12.5.5, ada baikpulih keselamatan penting

Apple telah melepaskan kemaskini sistem operasi iOS 12.5.5 untuk peranti lama iPhone dan iPad yang tidak boleh memasang iOS 15. Model yang dilaporkan terlibat dalam kemaskini ini adalah iPhone 5S, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPad Air, iPad mini 2, iPad mini 3, dan iPod touch gen-6.

Berita penuh di sini.

Tags: Android 5Apple iOSGooglehotlinkiOS 9jpnmacosSamsung Galaxy M22Samsung Galaxy S21 FEWindows XP
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Galaxy S21 FE dibatalkan, Pelan Hotlink kelajuan 18Mbps & Data dari JPN bocor | SBM #38

Galaxy S21 FE dibatalkan, Pelan Hotlink kelajuan 18Mbps & Data dari JPN bocor | SBM #38

6 October 2021
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER