• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jutaan peranti & komputer lama akan terputus internet selepas 30 September, ini cara atasinya

  • OLEH Najib
  • 6:07 pm
  • 29/09/2021
  • Komen
Jutaan peranti & komputer lama akan terputus internet selepas 30 September, ini cara atasinya
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu cara untuk peranti memastikan keselamatan antara peranti laman web terjamin, adalah dengan pengesahan sijil keselamatan HTTPS. Salah satu pengeluar ini adalah Let’s Encrypt, yang mengeluarkan sijil keselamatan secara percuma bukan untuk keuntungan.

Bagaimanapun, internet sedunia bakal berhadapan gangguan apabila sijil keselamatan yang dikeluarkan Let’s Encrypt, akan tamat tempoh sahnya pada 30 September 2021. Ini kerana ia digunakan oleh jutaan laman web dan peranti.



Penyelidik keselamatan, Scott Helme, memberi amaran tentang tarikh sijil digital Let’s Encrypt iaitu DST Root CA X3 yang akan tamat pada 30 September 2021. Selepas tarikh ini, pelbagai peranti seperti komputer, telefon pintar, tablet, konsol permainan dan banyak lagi, tidak akan mempercayai sijil ini dan ini akan menjadikan banyak gangguan penggunaan internet di peranti tersebut.

Sebenarnya, perkara ini tidak perlu menjadi kerisauan kepada majoriti pengguna kerana kebanyakan peranti baru tidak lagi menggunakan sijil digital Let’s Encrypt. Tetapi pengguna peranti lama perlu mengambil perhatian.



Peranti yang terkesan dan cara mengatasinya

Antara yang terkesan daripada masalah ini dan cara menyelesaikannya adalah:

  • Windows XP SP2 > naik taraf ke Windows XP SP3
  • macOS 10.12 Sierra > naik taraf ke macOS 10.13 High Sierra ke atas
  • iPhone 5 ke atas dengan iOS 9 > naik taraf ke iOS 10
  • Playstation 4 versi 8.00 > naiktaraf firmware ke versi 9.00

Bagi komputer dan peranti lama yang memiliki pelayar, boleh menggunakan pelayar Firefox untuk mengatasi masalah ini kerana ia tidak menggunakan sijil keselamatan sistem operasi peranti. Peranti Android yang menjalankan sistem operasi Android 5.0 Lollipop boleh menggunakan cara ini untuk penyelesaian.

Jadi, jika anda masih ada peranti atau komputer lama dan tidak boleh melayari internet atau berfungsi dengan internet selepas 30 September, ini mungkin sebabnya. Anda boleh cuba atasinya dengan cara di atas, atau menggantinya dengan peranti baharu.

[Sumber: Malay Mail, Scott Helme]

Tags: androidAndroid 5iOSiOS 9macoswindowsWindows XP
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jutaan peranti & komputer lama akan terputus internet selepas 30 September, ini cara atasinya

Jutaan peranti & komputer lama akan terputus internet selepas 30 September, ini cara atasinya

29 September 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN